Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2005


...Rumah terbuka sempena maulidur rasul

Posted by Faridatul at 7:52 PM

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa iaitu kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai pengisian telah diadakan pada hari ini seperti majlis tahlil, doa selamat, ceramah Maulidur Rasul dan sebagainya oleh segenap pihak.


Tidak ketinggalan, kawanku mije buat kenduri sikit. Sebenarnya kenduri ini adalah sempena rumah barunye di taman tenaga dan juga secara kebetulan besday juniorku yang juga merupakan ahli rumah sahabatku.


Kami bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan beberapa juadah. Menu utama nasi ayam. hehehe.. sedap lak nasi ayam tu. Chef yang masak tu kata ni first time dia masak nasi ayam sebab dia tak pernah masak nasi ayam sebelum ni melainkan juadah lain seperti mee kari ke, nasi lemak ke, laksa ke dan lain2. Tapi nasi ayam dia memang tak pernah buat. Tapi apa katanye sedap gak. Leh tahan la coz first time.. heheheheh...


Petangnya lak..selepas habis majlis, aku g tempat biasa tempat aku lepak iaitu di kabin (opisku). Esok adalah hari penantian ku yang selama 2 tahun aku tunggu2. Makin berdebar lak bile mengenangkan hari esok. Bertambah gemuruhnya aku.


Di lewat petang sempat gak aku g jumpa lecturer tuk bertanyakan laporan yang nak dihantar esok dan juga nak minta semangat untuk hari esok. Minta tip2 gak.


emm...tgk la. Tak sabar melalui hari esok dengan tenangnye. Malam ni kena buat solat hajat banyak2 moga hari esok aku lalui dengan tenang dan gembiranye...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea