Kali ni aku bercuti seminggu. Alhamdulillah percutian ku kali ni menyeronokkan. Setelah berhempas pulas menyiapkan kerje2 yang diberi (walaupun ade lagi kerje yang tak siap) aku dengan perasaan gembira dapat bercuti ke negeri cik siti wan kembang.
Sudah lama rasanye tak g ke negeri kedua aku ni (ngaku sendiri..huhuhhu). Rasanye dah lebih separuh tahun. Dulu kerap gak g. Sebab kawan baik aku duk sana. Setiap kali dia balik aku ikut dia. Tapi sekarang dia dh keje, so kurang la dia balik kg. Kalu balik pun emergency kes. So aku tak nak lah kacau dia kalu ade emergency kes.
Kami dh tempah tiket 30hb mei lagi. Sebenarnye memang nk g awal tapi ade lak kenduri kawan aku kat kedah 28hb tu. 29hb lak ade kenduri kawan sekolah kat selayang. Biasalah.. perancangan ni dh lama buat. Memang teringin sangat nak g kedah tengok kawan baik aku kawin. Tapi apakan daya,perancangan aku tak tertunai sepenuhnya. Aku tak dapat nk g kenduri kawan baik aku kat kedah sebab ade masalah yang tak dapat dielakkan. Aku harap dia memahami aku ketika itu.
Bertolak je dr kajang dlm kul 8.30 mlm. Kami bertolak awal dr bangi. So jamak terus kat sana. Biasanye sampai kat machang dlm kul 4 lebih tapi pada hari tu kami tiba awal. Pakcik driver tu bawak laju kot. Entah la, tak perasan coz tertido sepanjang perjalanan. Kami sampai dlm kul 3.15 lebih kurang.
Sampai2 sana, ayah kawan aku g amik kami ngan kete avanza barunye. huhuhu.. sampai2 sana terus ambil bantal.. tido. Mak kawan aku tak de masa tu, dalam wad. Kena serang minor strok pada 29hb tu. Selepas dengar berita tu, mmg cadang nk balik awl tapi sume tiket dh habis. Nak tak nak kena balik 30hb tu juga.
Pada keesokkannye, mak kawan aku dh dapat kuar dr wad. Dah ok sket nmpknye. Kalu tak kuar juga hari ni, kawan aku nk g jaga. Kami sebenarnye ade program, tapi kalu mak kawan aku tak sihat, nak buat camne. Tak jadi la g. Allah maha pengasih lagi Maha penyayang. Program yang kami nk buat ni baik niatnye. So, dapat la g. Mak kawan aku ni pun bagi keizinan.
Siap bagi keizinan guna umah yang ade kat kb lagi. Biasalah rumah tu adik lelaki ngan kengkawan dia yang tinggal. So tak terurus sket. Aku bercadang nk basuh umah tu. So petangnye, kami g basuh bersama2 membersihkan rumah. Baru nmpk sket kemas. Sembur2 pewangi..harum sket. Memang dah adat. Nape lah orang laki ni tak terurus. Cam adik laki aku. Allah..kalu masuk bilik diorang cam2 bau ade.
1 hb baru program bermula. Aku tolong apa-apa yang patut. Sonok dpt rehlah ngan kawan2 ni. Tido serumah. G jalan2 sama2. Sume buat sama. Sonok. Aku kali ni kena drive. Cadangnye nak bawak keta kancil tapi memandangkan ahli program yang ramai aku bawak lah kete wira kepunyaan kawan ku tu. Hehehe. Pada mulanye ayah dia pelawa kete avanza yang baru dibeli tu..tapi lawak je tu. Kete baru. Sayang..
Yang lawaknye, kete tu plat W. So, sume ingat kete tu aku yang punya. drive dr KL. Huhuuhu.. lawaknye. Takan nk heboh kete tu bukan kete aku. Kalu orang tanya baru aku ckp. Sonok dpt drive ni. Dapt memahami jalan dengan lebih terperinci. Cadangnye nk balik kl 5hb mlm. Tapi tiket sume dh tak de. Yang ade 7hb je. Nak tak nak amik gak la 7hb tu.
Habis je program, ketua program belanja makan kat yati ayam percik. Sedap gak makanan nye tapi manis sket. Kalu orang yang tak suke manis, tak leh la makan kat sini. Esok tengaharinye lak, ade kawan nak belanja makan kat restoren oriental, restoren kat hotel ansar. Mulanye orang lain yang nak belanja, tapi orang lain plak yang kena belanja. Takpe, nanti lain kali datang lagi, nak suh dia belanja kat restorer emporer lak. huhuhuhu.
Selepas habis makan, aku g ke stadium kb. Ade expo halal kat sana. Masa tu dh kul 3 ptg tapi tak ramai gerai yang bukak lagi. Dalam kul 4 sampai ke rumah semula. Ngantuk sungguh aku masa tu, tido la jap dalam setengah jam. Kul 5 je aku tersedar. Byk barang2 yang tak kemas. Nk kena balik machang lagi. Malam ni plak aku kena balik kl sorang2. Setelah sume habis kemas, dalam kul 6.15 kami bertolak ke machang. Selamat tinggal rumah. Banyak kenangan yang dapat dikenang sepanjang program kali ni.
Sampai di machang dalam kul 7.30mlm. Aku bersiap2 kemas barang2. Kul 9.30 bertolak dr rumah . Bus sepatutnye sampai kul 9.45. Tungu punya tunggu kul 11 baru sampai. Kat kuala krai gtu gak. Kul 11.55 baru nak bertolak. Apa tak nye, terlebih penumpang. 3 orang terlebih. Sian aku tgk ade sorang akak ni kena turun. Apa tak nye, driver tu taknak bagi terlebih penumpang, padahal salah kerani dia. Driver tu kata kalu terlebih sorang penumpang kena dende rm1000. Sepatutnya kerani dia lah kena bayar. Jgn nak paksa orang lain turun. Kalu aku tempat makcik tu, nak je aku menagis. Mana aku tahu nak amik bus apa. Dah le ni first time aku naik bus express sorang2. Yang aku dengar dr kawan aku, dh banyak kali bende ni jadi gini. Kerani tu pernah kena tumbuk. Lain kali jgn dh naik bus ni.
Sampai kat hentian kajang kul 6.30 pagi. Nasib baik aku dh inform kawan aku amik aku terus. Tak sempat nak kejar solat kalu solat kat hentian tu. Sampai kat umah dlm kul 6.50. Subuh gajah ler. Bus tak berhenti pun. Dalam hati..diorang ni tak solat ke.. Emm...
Kenangan indah bersama. Dapat gak bertemu ngan junior aku masa kat uo tu kat sana. G umah dia lagi. Ros namanye. Orangnye lemah lembut. Terlepas rindu nk jumpa dia. Byk benda yang dibincangkan. Apa2 pun aku dh selamat sampai. Alhamdulillah.