Warghh..ramai yang tak sangka aku g temuduga. Sebabnye aku ni dari dulu lagi keje yang kena temuduga memang aku tak pernah g. Walaupun temuduga tu sekadar nak kenal sahaja. Walaupun confirm dapat tapi tak pernah aku g kalu ade perkataan "temuduga". Hahahaha.. Penakut kah aku??? Entah ler.
Semalam kakak aku datang. Minta tolong temankan dia g Putrajaya bahagian JPA untuk membuat pengesahan sijil nye. Emm...malang sekali, punya lah berkejaran g, takut tak sempat (maklum lah hari jumaat, opis tutup awal), tapi kakak aku tak bawak keseluruhan sijil yang ade. Opss..silap, bukan tak bawak tapi tak dapat lagi dari tempat pengajian dia dulu. So terpaksa lah kakak aku tunggu lagi. Entah ler, berapa lama lagi nk tunggu.
Petangnye aku balik umah selayang bersama-sama ngan kakak aku. Kalu ikutkan hati, malas je nak balik sebab banyak keje yang nak disudahkan gara-gara bercuti makan angin kat Negeri cek siti wan kembang minggu lepas. Tapi mak aku la, beria-ia tanya tak nak ke aku balik coz adik lelaki bongsu ku tu ade. Ahad ni dia nak balik semula ke sekolah dia.
Emm..memang aku nk jumpa dia. Makin rindu aku kat dia. Baru je bgtau mak aku sebelum g Kelantan yang aku rindu ke adik aku sorang ni (aku panggil dia abang chik). Dia belaja kat sekolah Tahfiz kat area KL ni je. Tapi dia tak dibenarkan balik sesuka hati dan kami pun tak dibenarkan datang sesuka hati. Dulu, mak ayah aku setiap minggu datang jenguk adik aku ni, bawak makanan tapi selepas kena sound ngan mudir sekolah tu, dah tak datang dah smpai sekarang. huhuhu...
Sebelum balik, aku beli la makanan kegemaran dia. Singgah kat PKNS. Dalam kul 7.45mlm baru sampai rumah. Sebenarnya, aku ade perjumpaan ngan kengkawan kat gombak mlm tu. Alang-alang dah ade kat rumah, rumah pun dekat ngan gombak, aku g jelah. Kalu aku dok balik umah, malas nk g sebenarnye. huhuhu.. Tapi tak tahu la gak, sebab kawan aku tu beria-ia ajak datang perjumpaan tu.
Sebelum g PKNS aku g beli vcd kat pasar malam. hehehhe.. Malam tu aku berqiam berjemaah ngan kakak aku n adik aku tgk citer antu. Memang kami adik-beradik suke tgk citer seram. Emmm..ngantuk gak sebenarnye, tapi terpaksa temankan adik2 aku tu ler. Sambil-sambil tgk cd, sambil2 borak. Mana nak takut.. :-)
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment