Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 7, 2005


:: Temuduga Lagi ::

Posted by Faridatul at 8:41 PM

Tak sangka aku dipanggil temuduga hari ni. Dengan serba ungu aku melangkah kaki kanan keluar rumah dan memohon agar urusan ku dipermudahkan hari ni.


Dengan semangat waja dan sedikit gemuruh, aku melangkah masuk ke perkarangan tempat yang dikatakan temuduga akan dilangsungkan. Pandang kanan..Pandang kiri..Pandang belakang..Pandang depan..yang aku nampak ade dua orang perempuan yang ku rasa sorang tu lebih kurang umur aku je dan sorang lagi tu muda dalam 2-3 tahun dari aku. Dalam hati berbisik ..'wow..dia pun dipanggil juga..mesti giler2 nye budak ni.", sambil tersenyum sorang2.


Aku pun mendekati budak yang ku katakan muda tadi. Sebab pekerjaan yang ku mohon ni kelayakan paling minima ada kelulusan sarjana ataupun sarjana muda dengan pangkat satu. Memang betul sangkaan aku. Dia baru sahaja habis pengajian sarjana muda. Dan sangkaan ku tak meleset. Result dia memang power.


Dalam berborak dengan dia..datang la sorang pensyarah yang agak ku kenali sesangat. Sempat lagi memberi tip2 masa temuduga.. aku ingatkan kitaorang bertiga je. Tetiba datang la En salleh suruh aku duduk dulu kat mana2 sebab nama aku dipanggil lambat lagi. Dalam hati merungut.." ala, lepas dia (budak tu) mesti aku, relek aaarr..". Tak ku sangka ramai lagi yang ade kat dalam bilik menunggu yang di sediakan. Lebih kurang 11 orang sumenye. Suma ade kelulusan sarjana di sume peringkat universiti. Ada dr UKM, ada dr USM, ada dr UUM dan ada juga dr UPM. Kawan aku bekas coursemate pun ade. Dia ni juga ade sekali masa interbiu aku bulan lepas.


Yang menyakitkan hari ni..kul 9 pagi aku dh dtg kononnye nak ready awal2..Walaupun stat interbiu kul 11. Aku ingatkan, kul 11 tu turn aku. Rupanya2 kul 11 tu baru nak stat interbiunye. Dah plak tu, aku ni jenis tak suke menunggu. Boleh sakit aku dibuatnye.


Tunggu punya tunggu tetiba En Salleh buat announcement kata interbiu ditunda lepas kul 2. Dan kononnye aku orang pertama la tuk sesi kul 2 ni. Ok la tu. Sebab kepala aku dh pening2 ni. Waktu rehat tu, aku rehat sesama ngan member2 yang aku baru kenali, member se interbiu ngan aku kul 2 nnt. Masing2 ade rasa tak puas hati. Tapi sedihnya, stat je tuk sesi ni nama ku tak juga dipanggil. Aku pun membuat aduan pada En Salleh..kenapa nama aku tak dipanggil2. Last2 dia kata dia bagi pada yang jauh dulu. Aku orang last dipanggil. Sakit tul. Kepala aku masa tu dh berdenyut2. Bila nama ku dipanggil..aku pun melangkah di bilik mesyuarat. Aku hanya mampu senyumkan mukaku yang tak berseri tu lagi (hehehhe). Lepas bagi salam, lepas duduk, terus aku disuruh perkenalkan diri. Aku pun bla..bla..bla..bla... entah apa2 aku merepek, aku pun tak tahu.


Dah setel sumenya, aku pun dibenarkan balik. Entah la..aku balik dengan agak kecewa sebab masa intrebiu tu..aku buat cam tak endah sangat. Pening ku tahap maksimum. Kalu ade rezeki ade la..kalu tak dpt, mungkin ade yang lain lebih baik buatku..dalam rasa2 kemungkinan untuk dapat tu tipis, tapi di ruang sudut kecik hatiku ni...ade sedikit mengharap...Harapan moga rezeki ku disini. Moga2 Allah makbulkan.

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea