Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 27, 2006


Perasaan Bercampur baur

Posted by Faridatul at 6:19 PM
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...



Emmm...Dah lama tak mengisi ruangan jurnal ni. Nak katakan busy tak de la sangat. Tetapi itulah kehidupan manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Ada 24 jam kononnya tak cukup. Agaknya kalu sehari 48 jam pun tak cukup agak ye.



Tahun 2005 telah berlalu dan kini muncul tahun 2006. Hampir sebulan sudah tahun baru ni kita jalani kehidupan seperti tahun sebelumnya. Moganya, tahun ini walaupun tidak banyak yang hendak kita ubah, sekurang-kurangnya kita ada azam baru yang boleh membezakan tahun ini dan sebelumnya. Contohnya dari malas 'update' blog kepada rajin meng'update' blog. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Takde la setiap 2-3 bulan sekali. :-)



Di akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006 banyak perkara yang berlaku yang memberi impak samada kecik atau besar dalam hidupku. Kakak ku yang selama ini tempat aku bermanja, bergaduh dan bercakaran bukan lagi milik ku. Tanggal 11 Disember 2005, berlangsung la majlis pernikahan kakakku bersama orang yang mencintainya untuk sehidup dan semati. Agak penat juga untuk aku membuat persiapan kenduri kakakku, kerna tarikh untuk mereka melangsungkan majlis terpaksa buat awal dari jangkaan kerna tarikh-tarikh yang dikehendaki telah ditempah oleh orang lain. Maka terpaksa la buat awal. Dari segi persiapan memang kelam kabut. Maklum la pertama kali majlis perkahwinan anak perempuan En. Zainal dan Pn. Sahazian. Banyak bende yang tak terurus. Diakhir-akhir ....hampir-hampir majlis hendak berlangsung baru la ada yang bagi pendapat tentang kekurangan peralatan-peralatan perkahwinan. Kononnya nak buat majlis yang agak sederhana, tetapi apakan daya...campur tangan dari semua pihak akhirnya menampakkan majlis berlangsung dengan meriahnya. Sonok sungguh....sonok-sonok gak tapi adat la...seminggu kado' tido lepas tu. hahahahah...



Tahun ini juga rakan serumah ku sudah bernikah pada 25 januari 2006. Gara-gara kemalangan yang dihadapi tahun lepas, selepas raya puasa menyebabkan dia terlantar di rumah kerna masalah tulang belakang. Rakanku ini tidak dapat berjalan. Kemalangan ini dijadikan penyebab orang yang menyintainya, menyuarakan hajat untuk berkahwin bagi menjaga kesihatan rakanku. Alangkah bertuahnya rakanku ini memiliki suami sebegitu. (warghhh...angan-angan nak ade suami camtu gak :-)) Pernikahan mereka tidak dimaklumkan pada kami sebelum itu kerna rakan serumah ku ini takut apa yang dirancang tidak menjadi. Lagipun kesian juga pada beliau kerna mak beliau ditangkap oleh askar-askar thailand yang mana menganggap mak rakanku ini bersubahat dengan pengganas. Sungguh kelakar!! Marah pun ade. Maklum la selatan thai sekarang ni jadi buruan askar thailand. Jangan tak caya rakan serumah ku ini orang thailand. Sawadikaaa....?



Perasaan gembira campur sedih bila orang yang kita baik, yang kita sayang berpisah dengan kita. Walaupun bukan berpisah dalam erti kata tidak berjumpa lagi tetapi ade di situ kelainan perasaan. Perasaan yang bercampur sedih dan gembira muncul tanpa dipinta. Agaknya..apakah ia??? Entah la.. :-(

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea