Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 13, 2009

Plan ke Medan tahun hadapan..

Posted by Faridatul at 9:46 PM 3 comments

Lama dah plan nak ke Medan..

Akhirnya, aku, pijah, dilah dan suri telah plan sama2 nk ke Medan bulan 3 tahun hadapan. Mije pun ingin turut serta..

"Kalu dh book tiket ni, saya kena buat pasport", ujar suri.

Aku plak, kena renew pasport.. Bulan 1 tahun depan dah expire.. Rupanya dah 5 tahun usia pasport ku itu. Tak sangka dr 2005. Dah banyak tempat aku lawat.

Tapi paling bestnya dan kekal di ingatan ialah trip pertama yang aku pergi iaitu di Chiang Mai.. sejuk, nyaman dan menarik permandangan di sana. Tak sangka aku dpt juga melawat sungai Mekong pada trip tersebut.

Selain daripada permandangan, teringat sorang adik angkat kat sana. Lex namanya.. Dah lama tak jumpa dia ekkk... apa citer dia .. heheheh

Tuesday, August 4, 2009

Batuk ku menjadi-jadi lagi

Posted by Faridatul at 9:59 AM 2 comments
Kali ni batuk ku menjadi2 lagi. Semalam kononnya nak posa, terbuka pada jam 2.30 ptg. Sayangnyaaa...

Kali ni batuk ku menyebabkan aku muntah2. Hanya leh makan sket2 jek. Kalu tak alamatnya masa batuk tu mesti muntah.

Bila sebut bab muntah ni.. Rasanya dh hampir sebulan gak aku kerap muntah bile batuk teruk. Kenapa jadi camni ekkk.. Pelik. G check doktor, doktor kata biasa jek.

Ngadu la pada kawan aku ni.. Dia plak risau aku kena H1N1.. dia suh g cek doktor. Ishh.. berapa kali mau g check maaa... Ubat pun tak habis telan sumenya lagi..Dah la aku ni rajin makan ubat.. huhuh.

Semoga kesihatan aku kembali normal seperti biasa. Dah tak sanggup makan muntah.. makan muntah.. macam apa jek.. huhuhu

Monday, August 3, 2009

Melawat anak sedara...

Posted by Faridatul at 9:41 AM 0 comments
Sabtu lalu aku balik kampung ke rumah kakak ku di Sungkai. Malam jumaatnya kakak ku menghantar sms. Katanya mak nak ikut aku kalu ke rumah kak kijan iaitu sepupu ku. Aku hampir terlupa sepupuku ada menghantar sms menjemputku ke rumah nya hari sabtu tersebut kerana kenduri akikah anak perempuannya yang hampir masuk 3 bulan. Namanya Aisyah Nur Zahrah binti Ghafar.. Sedap sungguh namanya seperti nama yang hendak ayahku berikan kepada cucu perempuan sulungnya aminatuzahrah.. Tapi masih dlm peringkat proposal lagi.. hahahah

Disebabkan ada 2 demo yang berlaku di KL pada hari tersebut, aku ingin mengambil jalan pintas iaitu tidak melalui KL. Aku cuba melalui jalan ikut puchong.. hampir 3 kali sesat. Tol di puchong 3 kali g balik.. Hampir belasan ringgit habis duit kat tol tu.. Bermurah hati sungguh aku hari tu buat amal derma kat tol.

Setelah sesat hampir sejam, aku mengambil keputusan lalu ikut jalan putrajaya. Akhirnya jumpa juga jalan pulang. Aku ke rumah mak dulu amik abah dan ateh. Jam ketika itu menunjukkan pukul 2. Kenduri di rumah k kijan jam 3.. huhuhu.. "Karang sampai rumah yong ni ambil mak terus ke sana la nmpknya", kataku pada yang lain.

Sampai di rumah yong, abah ngan ateh solat zohor dulu. Aku ngan dilah boleh jamak je kat rumah kak kijan nnt. Bukan ateh dan abah tak leh jamak.. sebab td masa kuar dr selayang dh masuk zohor. Tak leh solat sebb air takde.

Saiful ngan Amirul ikut sekali. Penuh kereta dibuatnya. Smpai di rumah kak kijan di Ipoh dalam jam 5 petang. Setelah menjamu selera, kami bersembang sehingga la malam. Malam ada lagi kenduri rupanya. Lambat sangat nk tunggu makan nasi, aku pun ajak yang lain balik sebab nnt kesiankan budak 2 orang tu. hehehe...

Kesian kat abah hari ni tak makan nasi lagi. Jadi aku pun singgah di RnR Tapah. Abah sorang jek makan yang lain minum jek. Amirul dan saiful pun lapo gak. Beli kan Milo buat Saiful. Aku plak sumbat roti pada Amirul. Dia makan jek. hehehe...

Sampai di rumah dalam jam 11. Masuk jek bilik dan terus terlelap.... Yang sedeynya, gambar anak sepupu gambarnya diambil.. Anak sedara sendiri terlupa nk ambil gambar.. dh balik baru perasan, tak ambil gmbr sekeping pun anak yong. huhuh...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea