Pagi tadi, aku ngan hubby menyidai baju seminggu punya stok.. disebabkan kesibukan mengemas rumah, baju semua tak berbasuh..huhuhu
Sambil-sambil menyidia kelihatan kak lina dan dua lagi jiranku yang berwarganegara indon berdikusi dengan seriusnya di hadapan kediaman salah sorang dari mereka. Setelah baju sudah disidai, kak lina menghampiri tembok rumah kami.
"Rumah akak dimasuki maling malam tadi", kata kak lina kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Uishh..malam tadi hujan turun dengan lebatnya, boleh plak maling tu buat projek. "Duit dalam wallet bernilai rm40 dan telefon bimbit aisyah di ambilnya", sambung kak lina bercerita kepadaku.
Nasib baik duit dalam wallet tu hanya rm40. Sebenarnya external harddisk 2 buah dan beberapa perkakasan IT lain sudah diambilnya tetapi sampai di tingkap yang dimasuki oleh maling tersebut, ditinggalkan plak barang itu. Agaknya barang-barang tu susah nak dijual semula agaknya. Ni mesti kerja penagih dadah.
Maling tersebut memasuki rumah k lina dari pintu belakang. Semalam k lina terlupa nak sendal kunci pintu atas. Kunci pintu sisi di tengah pintu telah dibuka oleh maling dengan memecahkan dua keping tingkap kaca.
Semoga Allah memelihara diriku dan keluargaku serta harta-harta kepunyaan kami...aminnnn....
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
2 comments:
uish.. dahsyat pencuri tu ye. dah pandai masuk rumah plak. sebelum ni dia curi baju je.
mmmm..tu la suri.. dh pandai mengeledah rumahorang. K lina kata nasib baik mlm tu sume laptop disimpannya dalam bilik.. biasanya dia letak kat luar jek... alhamdulillah ..nasib baik...
maklumla sume maklumat reseach pdh k lina n husband ada dlm tu..huhuhu
Post a Comment