Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 27, 2010

Pertama kali berpuasa di rumah mertua

Posted by Faridatul at 1:32 PM
Aku ngan en abang dah plan. Dalam sebulan ni nak bahagi2kan masa di rumah family aku..then rumah family suamiku.. dan merasa juga berpuasa dan berbuka juga di rumah sendiri di hujung minggu.

Hari minggu yang pertama ramadhan, aku balik ke rumah family ku dahulu. Berbuka dan bersahur disana. Minggu lepas turn balik pahang plak. Seperti biasa setiap bulan akan diaturkan juga balik pahang. Maklum la suami ku anak sulung dalam keluarganya. Ayah plak tiada. Maka, tanggungjawabnya kira besar dalam urusan adik beradiknya.

Awal-awal lagi sebelum aku kawen, mak dah pesan. Tanggujawab suamiku ni besar sebab dia anak sulung. Maka aku kenalah pandai dalam memainkan peranan aku sebagai isteri. Alhamdulillah 3 orang adik perempuannya dah berkahwin. Sekarang masih ada 2 orang adik lelaki yang masih kecil yang dijaga oleh mak mertuaku di pahang.

Bertolak dr bangi jam 10 mlm jumaat lepas. Seperti biasa sampai di pahang lebih kurang jam 2.30pagi. Disebabkan aku keletihan, maklum la kelas hari tersebut yang penuh, balik je dari kerja prepare plak untuk berbuka, dan kemas baju2 untuk dibawa. Maka aku mengambil keputusan untuk terus bersahur dengan makan apa saja yang ada di atas meja dapur. Jam 5 pagi tu mak mertuaku dah tak gerak aku tuk bersahur memandangkan menantunya yang gile-gile kepenatan ni.. heheheh

Sabtu nya, aku dah plan ngan en abang untuk ke kuantan. Baru-baru ni kami ada menonton siaran samsul ghau2..bazaar ramadhan kalu tak silap nama siarannya. Di bazaar ni yang special ayam seekor dimasak dalam tempayan besar. Jam 4pm aku dah berdiri disitu. Hampir sejam juga la beratur. Boleh la tahan rasa ayamnya. Tapi jujurnya, biasa je la. Cuma yang aku perasan kat pahang ni, kalu yang jual ayam golek kebanyakan peniaga ni suka guna minyak petrol untuk hidupkan api. Tu yang bau petrol melekat kat ayam. Kalau aku beli di selayang lain plak. Yang kat selayang aku rasa paling sedap la pernah aku makan.

Ini la tempat ayam dipanggang menggunakan tempayan besar.

Dalam satu tempayan tu lebih kurang 7 ekor ayam dimasukkan.

Panjang sungguh barisan untuk membeli ayam tersebut. Aku ngan suami bergilir2 beratur.

Bazaar ni adalah bersebelahan ngan stadium Makmur

Ahadnya pula, mak mertuaku minta pertolongan untuk memotong satu dahan pokok rambutan. Sekarang ni musim rambutan dan durian di sana. Masa mula2 sampai aritu pun mak mertua aku dah hidangkan durian dan rambutan. Kalu ni dengan tertebangnya dahan tersebut, semua buah yang bergayut di dahan tersebut, mak mertuaku suh bawak balik untuk diberi pada mak aku... heheheh...

Tak cukup ngan itu, sedara suami ku dah siapkan separuh guni juga rambutan untuk aku bawa pulang. Ahad lepas, aku balik rumah mak ku di kepong dan bagi baki rambutan kepada mak untuk diperaik plak pada kawan-kawan mak. Jiran-jiran tetanggaku yang terdekat semua dah bagi.. itu pun masih dapat lagi separuh guni...

Penuh bonetku dangan hasil tanaman kami.. hahahaha


Nak tunjuk tempoyak sebenarnya dalam bekas nata de coco tu.. bersertakan durian yang teah dibalut dengan surat kabar dan diikat dengan plastik. Sebiji jelah.. yang dua biji tanpa balutan itu hanya gambar hiasan semata-mata.. heheh


Ini la keseronokan yang aku nantikan jadi orang kampung. Dari dulu idamkan nak kawen ngan orang kampung. Alhamdulillah termakbul tapi yang paling tak bestnya jauh plak ke pahang nun.. Nak balik raya nanti mesti jem gile... huhuhuhu. Maklum la sebelum2 ni kalu nk balik rumah mak aku relak jek... takde nak jumpa jem2 ni.. heheheh

2 comments:

dijah said...

ai, cik puan fari x bising ke ade durian dalam kete hehehe..

Faridatul said...

huhuhuhu... tempoyak disimpan dlm plastik... ikat ketat2 baru masuk dlm bekas nata de coco...

durian sebiji tu plak balut ngan paper 3 lapis yang tebal kemudian ikan dlm plastik... yang dua biji tu hiasa semata-mata...

nak wat camne.. dh mak mertua suh bawak balik.. tempoyak tu dh siap2 anto ke rumah mak akak... akan ku elak baunya masuk dlm peti sejuk ku... hahahahaha

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea