Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

Pertama kali ku kena gastrik

Posted by Faridatul at 7:42 AM
Semenjak kawen ni banyak betul dugaan aku. Tapi apa saja dugaan kita kena la redha dengan ketentuanNya. Ahad lepas, bangun sahaja dari tidur, perut ku pedih2. Aku mula muntah-muntah. Tapi muntah ku bukannya muntah makanan tapi muntah air dalam perut. masam sekali.. yekkkk...

Bila keadaan terlalu teruk, suami ku suh buka puasa. Aku berkeras juga untuk berpuasa tapi dengan keadaan muntah dan angin yang terlalu banyak, makin menyucuk2 perutku, aku akur dengan permintaan suami suh buka. Lepas jek buka, aku masih muntah walaupun perut sudah diisi dengan makanan. perut dh cam tak leh terima. Sakit pedihnya tu lain macam jek.

Dalam keadaan begitu, aku dah janji nak bagi mak kain tuk dibuat langsir hari ahad itu jugak. Terpaksa la jugak ke nilai kemudian baru balik rumah mak di kepong. Sepanjang perjalanan, aku hanya mengulam asam masin sebab tekak yang terlalu mual. Aku dan suami dah panic kalu aku mengandung. Bukan taknak mengandung tapi aku masih dalam rawatan supaya kandungan tak gugur seperti sebelum2 ni.

Semalam, aku g poliklinik. Harapnya dapat berjumpa Dr fadz. Tapi semalam merupakan perjumpaan ibu2 mengandung dengan Dr Fadz jadi aku akur jelah berjumpa dengan Dr Reezal. Dr kata aku kena gastrik... waaaa... tak pernah dalam hidupku kena gastrik.

Dr kata jangan tahan puasa kalu dah terasa sakit dan pedih perut. Takut asid yang ada tu mengikis perut dan paling teruk nanti mengikir pembuluh darah. Aku tanya pendapat lain semua kata puasa cam biasa jek.. So, pepe pun aku akan puasa seperti biasa kalu dah teruk sangat barulah berbuka.. Tahun ni adalah tahun yang paling best dalam hidupku dalam mengyambut dan menjalani Ramadhan tapi ade jugak yang tak bestnya seperti ini la.... Dugaan sungguh buat diriku ini. :-(

Semoga amalanku diterima olehNya dan terus kami berada dalam keredhaanNya... Aminnnn

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea