Assalamualaikum...
sudah lama tidak berblog. Rasanya entry yang terakhir adalah selepas raya. Itupun curi-curi masa untuk menulis. Hari ni dapat menaip sebab tengah bosan menunggu pelajarku menyelesaikan ujian programming mereka. Ada lagi sejam, dua jam diperuntukkan untuk menyiapkan 4 soalan programming C++. 1 soalan berkaitan function, 1 berkaitan array, 1 berkaitan string dan enum dan terakhir adalah berkaitan struct.
Sepanjang tidak berblog,rasanya banyak entry yang boleh dimasukkan dalam blog ni tapi insyaAllah kalu ada masa, akan dimasukkan juga. Lagipun minggu ni adalah minggu terakhir semester dan minggu depan dah mula peperiksaan akhir sem 1 untuk sesi 2010/2011.
Kesian juga pada pelajar2 sebab semester ni mereka takde cuti belajar. Biasanya akan ada gap 1 minggu untuk cuti belajar iaitu antara minggu terakhir kelas dan minggu peperiksaan. Takpe la... nama pun sebagai pelajar kan.. hehehhehe...
Tengah menunggu ni aku tetiba nak menaip sesuatu yang aku geram dari tadi lagi. Dalam kelas ni ada seorang pelajar melayu lelaki yang aku rasa programming dia lebih bagus dari pelajar lain. Markah ujian programming pertama dia dapat markah penuh. Tapi sayangnya apa dah jadi ngan dia, beberapa minggu selepas cuti raya dia langsung tak hadir ke kelas makmal. ada la sekali dua. Kalau terus pandai takpe la. Tapi yang menyakitkan aku hari ni, soalan kedua pun terkial2 lagi sedangkan masa ada lagi dalam 40 minit. Pelajar lain dah nak mula menjawab soalan empat.
Ada juga pelajar lain yang pandai tapi tetap datang ke kelas makmal seperti biasa. Bila ditanya pada pelajar lain kenapa pelajar tersebut tak hadir, mereka semua menjawab "dia dah pandai puan. Belajar kat bilik". Walaupun marah, asalkan dia pandai takpe la. Ini kalau dh soalan dua baru terkial2 nak buat.. apakah namanya itu... Geramnyyaaaa...
Aku mengharapkan kali ini dijadikan pengajaran buat dia....
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment