Sian aku tengok asma'. Macam dia menjauhkan diri jek. Mula2 jumpa aku di rumah mak di kepong langsung tak nak bersalaman denganku.. Hanya memerhati dari jauh sahaja. Mak kata dari semalam dia tak makan.
Rupa-rupanya anak-anak yong tidak berjumpa lagi baby baru. Patut la bila bertanya pada saiful baby sape nama dia pun jawab "asma".. so maknanya dia tak tahu kehadiran baby tu lagi. Bila ditanya mana ibu.. jawabnya " ibu di klinik sbb sakit".. huhuhu..
Asma memang nmpk membawa diri. Amir pun sampai tido menangis2 tp masih tido sebenarnya.. rindu kat ibu la tu.. Yelah dari yong mula masuk wad sampai la hari ni, mereka tak jumpa ibu mereka. Baby kena kunning. So kena tahan di hospital.
Bila tgk asma, abah mula menceritakan dulu aku pun lebih kurang sama la gtu. Masa mak melahirkan alang saja, aku mula membawa diri menyorok di belakang pintu.. huhuhu.. ntah la tak ingat pun masa kecil2 tu. yelah beza aku ngan alang hanyala setahun saja.. Takut kasih sayang dirampas kot.. hahahaha
so makna disini, budak walaupun umur tak cukup setahun pun ade perasaan mereka yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Jikalau tidak ia akan membawa perwatakan yang negatif bila besar nanti..
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago