Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 6, 2011

bercuti di rumah..

Posted by Faridatul at 3:59 PM
Harini aku cuti. Dapat mc dua hari iaitu harini dan esok. Memandangkan kaki ku ni memang sakit yang amat sangat untuk berjalan dan berdiri. Semenjak kelas bermula pada sesi ni, kelas yang agak byk pada hari2 tertentu menyebabkan aku sering kali kejang kaki di waktu malam.

Seminggu ni dalam semalam lebih sekali aku kena serang kejang kaki. Mungkin sebab aku tak minum susu dan asyik tertinggal jek makan kalsium. Doktor pun kata mungkin juga disebabkan aku kerap berdiri.

Semalam lagi dh aku rasa sengal2 nk berjalan. Tapi apakan daya, kelas jam 8 pagi tak sempat nk batalkan pun.. sian pula pada pelajar. Jam 4 petang setelah kelas habis, kononnya nk balik rumah terus aku terus diserang kekejangan kaki dalam kereta. Ini pertama kali aku diserang kaki di waktu siang. bergelut juga la dalam 5min untuk menghilangkan kejang kaki tersebut.

Setelah jumpa doktor Fadz, katanya tiada ubat yang boleh diberi kecuali krim panas untuk redakan otot kakiku yang dah mengeras dan cuti 2 hari untuk berehat. Sepatutnya hari ni ada kelas dari jam 9 pagi hingga petang. Ada 1 jam je rehat.. so ok gak la dpt cuti,, kalu tak, ada yang mengamuk dalam kelas.

Sian gak pelajar kelas petang smlm.. aku agak moody sebab menahan sakit kaki ketika berdiri dan berjalan... semoga kaki ku cepat sembuh.

Walaupun nama jek dapat cuti.. tapi aku kena siapkan paper yang hendak dihantar ke kongress sebelum 15hb.. ada 3 paper yang belum siap.. rasa nak pengsan pun ada... huhuhu....

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea