Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Masuk Wad

Posted by Faridatul at 9:38 AM
20hb aku sebenarnya ada temujanji ngan Dr di HUKM. Tidak etrlintas langsung di fikiran yang aku akan masuk wad atau baby masuk sudah dilahirkan kerna tiada langusng tanda-tanda nk bersalin. Dan satu lagi baru2 ni aku balik umah mak dan bertanya tentang kelahiran anak2 mak dan kakakku.. kalu ikutkan sejarah, mak dan kakak aku masing-masing bersalin ikut due yang telah ditetapkan. Kalau awal pun hanya 2-3 hari sebelum tarikh due tersebut. Jadi firasat aku, mesti la aku pun sama seperti mereka.

Dah la giliran jam 10pagi. Aku tiba di Hukm pada jam 9.15 dengan harapan aku dapat juga la diberi nombor awal. rupanya2 tetap sama, no giliran aku akan diberi mulai jam 9.45 seperti yang telah dicatat dalam peraturan di hukm ini.

Hari ini ramai sangat pesakit dtg berbanding 3 minggu sebelumnya ketika mula-mula aku berjumpa doktor. Jam 12.15pm baru aku dp berjumpa doktor. Dengan perasaan hiba doktor memberitahu aku bahawa baby kedudukan melintang dan aku dikehendaki masuk wad segera.

Yang peliknya, pada minggu 36 dan 37 lalu, aku dh buat cekup di poliklinik dan kedudukan baby adalah normal dan aku telah diberitahu bahawa baby telah "engage". Kalu ikut pengetahuan yang ada, kalu dh "engage" maksudnya baby dh tak gerak. Tapi camne leh berlaku gini. Patut la dalam 2-3 hari ni aku terasa sesgt getaran bergerakan yang drastik baby.... agaknya masa tu kot baby bergerak dan beralih arah.

Walaupun perut dengan penuh kelaparan, tidak selera untuk aku mkn ketika itu. Begitu juga dengan suamiku. Kami terus balik ke bangi dan setelah solat zohor dan mengambil kelengkapan ke hospital, aku terus balik ke kepong kerna nk hantar adikku dulu ke rumah mak.

Jam 4.15pm barulah kami samapi di hukm dan mendaftar untuk masuk wad.

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea