Semalam alhamdulillah jam 9 pagi berkerumun doktor dan pakar datang ke katil ku untuk melihat samada perlu atau tidak baby dalam kandunganku di pusingkan. Dua kali Dr Ash memeriksa ku jam 7pg dan 8pg sebelum pakar tiba. Kedudukan baby ketika itu masih melintang cuma Dr Ash pelik sedikit kepalanya macam bertentangan seperti yang telah discan atau diberitahu semalam.
Setelah rombongan prof dan Doktor-doktor tiba, bermula episode dimana Dr Ash dimarahi kerana setelah prof periksa kedudukan baby adalah dlm keadaan normal sedangkan sejam yang lalu baby masih kedudukan melintang. Sian melihat Dr Ash dimarahi aku memberitahu Senior Doktor bahawa td memang melintang. Dr tersebut hanya senyum dan cek perutku. Sedang Dr tersebut memegang perutku, tetiba agaknya baby menendang tangan Dr, menyebabkan Dr tersenyum padaku. Prof meminta 5 orang Dr lain memeriksa perutku, dan masing2 memberi kedudukan yang berbeza. Last2 dengan perasaan marah prof pula cek kedudukan babyku. Tersenyum Prof memberitahu bahawa dh berubah plak kedudukan baby disebabkan tangan2 Doktor yang memeriksa td. Segera Prof tanya pada ku "baby suka ting toing ke?" sambil jaringnya membuat putaran. Aku hanya mengiyakan sahaja.
Alhamdulillah berkat solat hajat dan doa serba air selusuh yang dibekalkan oleh adikku disapukan diperut, dan dengan keizinanNYA, baby kembali normal kedudukannya dan aku tidak perlu dibedah esok. Aku diberi 2 pilihan samada untuk induce atau menunggu kelahiran seperti biasa. Aku pilih untuk menunggu tetapi aku dipaksa untuk stay dalam wad untuk dipantau selama 48jam.
Jam 11, Dr Ash telah membuat VE padaku. Katanya bukaan dh buka 1cm. Seharian smlm aku langsung tidak merasa sebarang kontraksi. Aku minta pulang harini tp semua doktor tak benarkan sebab kandunganku ni masih aktif bergerak. Bila aku pk semula mcm nak ambil induce jek.. malas nk pk panjang. kang tunggu lama2 lagi nnt tetiba plak baby pusing lagi... Tapi keputusan ku hanya boleh diberitahu pada Dr Ash sebab aku dibawah jagaannya...
Selama duk disini aku la orang yang paling lama agaknya di wad ni. Dan aku dh jadi bahan kajian plak pd pelajar perubatan tahun 3 hukm ni. Dengan alasan aku paling lama dan kes ku yang menarik.. huhuhuh
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
1 comments:
siaplah tesis diorang, buat kes akak je.. ekeke. semoga selamat melahirkan :)
Post a Comment