Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 21, 2013

bersama wafiy seharian dengan aktiviti lamanya :-)

Posted by Faridatul at 10:25 PM
Seronok wafiy betul harini.. sebenarnya ummi dan abi bercadang nk ke rumah pak lang di kuala selangor untuk melawat mak lang yang baru2 ni disyaki ada ketumbuhan dalam rahim dan akan menjalani pembedahan 2 nov nanti. Tapi pak lang dan mak lang ada aktiviti sekolah pplak seharian. Jadi tak dapat la kami ke sana. So apa lagi kami pun bercadang nk ke kolam renang ukm yang dh lama tak pergi.

Bila tiba di sana tgk kolam renang yang besar tu kering kontang. Rupanya2 tengah renovation dh hampir 3 minggu sbb kolam renang bocor katanya. Yang ada hanyalah kolam renang baby dan kolam renang tuk perempuan.

So apa lagi wafiy pun ke kolam renang baby la.. selalunya dia bersama2 abi di kolam renang besar tu. Tapi nmpknya wafiy pun seronok bersama kawan2 baru. Hampir dua jam juga la wafiy dalam kolam... naik semata2 nak minum dan makan.. lepas tu dia sendiri ke kolam... terpaksa ummi paksa abi ke kolam tgkkan wafiy walaupun abi kelaparan nk makan buah bekalan ummi bawa... huhuhu.. wafiy pun dh pandai turun ke kolam sendiri. kejayaan baru hari ni :-)

mula2 takut nak masuk kolam.. maklum la dh agak lama juga wafiy tak ke kolam renang :-)

akhirnya mahu juga wafiy masuk ke kolam setelah xcited tgk kawan2 main air 

akhirnya dia sendiri yang nk turun kolam... jeng.. jeng.. jeng

wah.. bestnya duk dlm ni... :-)

mula xcited dlm kolam


i'm free.. huhuhuhu

suka hati jek dia nk buat aksi camne :-)

 bersama kawan2 baru :-) 

Petangnya pula bawa wafiy ke taman tasik cempaka sambil membawa kereta wafiy... bukan main suka lagi dia.. siap bawa kereta laju2 dan angkat kaki bagi kereta jalan sendiri. Bila dekat sekeloh dia nk brek so aa lagi jatuh la wafiy dr kereta. Seb baik dia tak nagis.. dia pun suka cuma camne nk kawal kereta dr belok2 ni dia tak berapa nak mahir lagi. apa taknya bawak laju sangat. bile turun bukit aku dh jadi risau.. wafiy juga yang relak main brek2. aku risau bila dia brek dlm keadaan laju dia terpelanting ke depan plak... dia hanya enjoy dan gelak2 bila ummi dan abi kejar dia dlm ketakutan dia terpelanting.. sabau jelah..

tp sayang aksi tu aku tak ambil video sbb risaukan dia sgt.. dh jauh kedepan dia pun dh tak larat baru nk ambil video.. masa tuda dia dh kepenatan.. hampir ejam dia round2 di sekitar taman.. yang bestnya malam tidur awal dan kepenatan.. siap angkat kaki lagi bila aku sapukan minyak di sekitar kakinya.. mcm menghulurkan kai minta diurut. lenguh la tu... huhuhhu...

 dari depan sampai la ke belakang ummi bawa wafiy bersama keretanya



wafiy dh kepenatan.. hehe


 nak ke sini banyak turun bukit... bila nk balik byk naik bukit.... dh tak larat dh wafiy... huhuhu


0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea