Alhamdulillah. telah selamat kaki ku menapak di bukit freaser. Memang aman damai tempatnya. Aku telah book rumah peranginan persekutuan sejak awal tahun lagi. Biasa la kalau nk book rumah persekutuan ni kena la setengah tahun paling tidak.
Sebulan sebelum ke sana.. aku dgr banyak cerita seram dan tak best dr kawan2 dan hasil pembacaan blog. Tapi bacaan blog yang seram meram tu semuanya sebelum tahun 2010 cuma ada satu cerita 2012 pasal dia tertangkap gambar adik dia tapi tertangkap gambar makhluk Allah bersama adik dia tu yang menyebabkan aku seram jugak. Dah ckp kat hubbyku tapi dia kata mana2 ada makhluk Allah. so pergi ke sana dengan tawakkal padaNYA.
Alhamdulillah sepanjang duk rumah peranginan tu ok jek. mmg kalu kata rumah tu ada masalah bukan sbb rumah tu aku rasa sbb freaser hill adalah kawasan berbukit bukau yang terlindung dr orang luar. mmg hanya pencinta alam sahaja yang gemar ke sana mcm aku ni.. wakakaka.. aman.. daman.. dan tenteram... rumah peranginan ni pun best.. giler best la.. semua ada. lain kali tahun depan boleh book lagi.
p/s : sebelah bilik aku tu smpai dlm jam 12 tengah malam lagi bersama seorang anak perempuan 3 tahun dan seorang baby tak smpai 5 bulan.. ok jek.. tak jumpa apa2 pun... hehehe...
ni serba sedikit gambar pemadangan dalam dan luar rumah peranginan persekutuan.
kami dapat menginap banglo A. Ada 2 banglo jek pun. sebelah menyebelah. :-)
Pemandangan dari dalam bilik.. ada 2 sofa single bersama meja makna dan tv berserta astro channel. Tp yang hanya ada HBO dan siaran biasa jek.. ok la tu..
ada 1 katil single dan 1 katil king. katil king pun dh cukup untuk kami bertiga.
ada aircond tp sape sanggup pasang.. sejuk giler dh... ada mini bar dan kettle juga..
bilik kami tingkat 2.. so kena naik tangga.. seluruh rumah ni dipasang carpet.. so tak de la rasa sejuk nak memijak lantai kecuali dapur dan bilik air jek.. huhu
pemandangan dr koridor bilik
setiap banglo ada playground dan tempat bbq sendiri.. walaupun sebelah menyebelah aje... :-)
ini plak playground banglo sebelah yang dpt di snap
banglo sebelah.. huhuh
ini ruangan makan... so boleh aje mkn dan masak kat sini sambil tgk tv
ruangan dapur untuk memasak.. semua peralatan disediakan.. pinggan, mangkuk, kuali, cerek, cawan, dan dll... semuanya ada.. bawak je bahan mentah kalau nk masak sini... :-)
peti ais besau tapi takde sape guna.. sbb tiap bilik pun dh ada mini bar kecuali dtg ramai2 dan masak.. mesti best... huhu
ruangan memasak...
ini pula ruangan tetamu.. selain ada tv kat bilik masing2.. kat sini pun boleh tgk tv dengan ahli dr bilik lain... :-)
tempat rehat depan banglo
menikmati alam...
kawasan playground...
tempat bbq.. bawak bahan mentah dan arang jek...
ruangan koridor dr bawah...
sangkar burung..
0 comments:
Post a Comment