IMEJ televisyen menunjukkan mayat kanak-kanak Acheh yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda utara Sumatera kelmarin. - Gambar AFP.
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Jumlah korban ombak besar `tsunami' yang melanda selatan dan tenggara Asia akibat gempa bumi di utara Sumatera semalam meningkat kepada lebih 23,000 orang hari ini, termasuk lebih separuh daripadanya di Sri Lanka.
Orang ramai pula diarah berwaspada kerana kejadian alun besar dijangka melanda utara Semenanjung Malaysia lagi dalam tempoh tiga hari ini, ekoran beberapa gegaran baru mungkin berlaku.
Jabatan Kaji Cuaca Malaysia meramalkan beberapa gegaran susulan itu boleh mengakibatkan ombak besar serta mengancam lagi penduduk pesisiran pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Selain Sri Lanka, jumlah kematian tersebut meliputi korban di Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Kepulauan Maldives, Myanmar dan Bangladesh serta sebuah negara di pantai timur Afrika, Somalia.
Di Malaysia sahaja, 59 orang disahkan maut setakat hari ini manakala 18 lagi masih hilang. Sebanyak 44 orang disahkan terkorban di Pulau Pinang, Kedah (10), Perak (4) dan Selangor (seorang).
Bagaimanapun katanya, ombak besar itu dijangka tidak sehebat kejadian semalam tetapi langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Utusan.com
0 comments:
Post a Comment