Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2004


Pastikan sumber derma untuk mangsa Tsunami halal

Posted by Faridatul at 8:22 PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Pihak penganjur yang menganjurkan sebarang tabung bantuan kepada mangsa Tsunami diminta supaya lebih berhati-hati dalam menguruskan derma-derma tersebut supaya tidak berlaku percampuran antara sumber halal dan tidak halal.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata kebanyakkan daripada mangsa ombak besar di Malaysia terdiri daripada umat Islam dan adalah tidak wajar sekiranya bantuan yang disalurkan daripada sumber tidak halal digunakan untuk pendidikan anak-anak, makanan, pakaian dan peribadatan kepada Allah.

Semalam, akhbar utama negara ini melaporkan sebuah syarikat perjudian, Genting Berhad turut menyalurkan bantuan kepada Tabung Tsunami anjuran New Straits Times Press (NSTP), Berita Harian (BH), 8TV, dan TV3.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong pandangan pelbagai pihak supaya pesta tahun baru pada malam 1 Januari dibatalkan di seluruh negara kerana tidak wajar sebahagian yang lain berpesta, di saat sebahagian lagi bersedih.

Beliau turut mencadangkan malam tahun baru akan tiba nanti diadakan majlis doa selamat, tahlil dan solat hajat di seluruh negara untuk memohon kepada Allah agar negara ini selamat daripada bencana pada masa hadapan.

harakahdaily.net

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea