Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2004


Paksi bumi bergegar, pulau beralih, peta Asia berubah

Posted by Faridatul at 7:37 PM


LOS ANGELES 28 Dis. - Gempa bumi yang mencetuskan ombak besar di Asia kelmarin begitu kuat hingga menyebabkan bumi bergegar pada paksinya dan peta rantau terbabit berubah secara kekal.

Gegaran 9.0 pada skala Richter yang berlaku di kawasan seluas 250 kilometer ke barat daya Sumatera kelmarin mungkin telah menyebabkan pulau-pulau kecil beralih sehingga 20 meter, menurut ahli geofizik Amerika Syarikat (AS).

``Gempa bumi ini telah menyebabkan peta berubah,'' kata pakar Pusat Kajian Geologi AS (USGS), Ken Hudnut kepada AFP.

``Berdasarkan model seismik, sesetengah pulau-pulau kecil dekat barat daya Sumatera mungkin telah bergerak kira-kira 20 meter ke barat daya. Itu anjakan besar.''

Hujung sebelah barat laut Sumatera mungkin juga telah berganjak kira-kira 36 meter ke barat daya, kata Hudnut.

Selain itu, tenaga yang dilepaskan apabila kedua-dua gelinciran di bawah dasar laut bergesel dengan satu sama lain menyebabkan bumi bergegar pada paksinya, tambah beliau.

``Kami dapat mengesan pergerakan bumi yang sangat sedikit. Saya mengandaikan bumi bergegar pada paksinya apabila gempa bumi itu berlaku disebabkan pelepasan tenaga yang sangat banyak dan pergerakan jisim yang mendadak,'' jelas Hudnut.

Seorang lagi ahli geofizik USGS bersetuju dengan pandangan itu dengan berkata, bumi bergoncang sedikit dan pulau-pulau dekat Sumatera beralih disebabkan gempa bumi tersebut.

Bagaimanapun Stuart Sipkin dari Pusat Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan di Golden, Colorado berkata, kemungkinannya kebanyakan pulau-pulau dekat Sumatera mengalami pergerakan ke atas daripada pergerakan ke sisi. - AFP

Utusan.com

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea