Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 21, 2008

Keracunan Makanan

Posted by Faridatul at 2:08 PM
Gara-gara tak nak membazir, aku panaskan la daging masak ungkep yang suri dh masak.. Buat ala-ala sate la kononnya..

Tanpa disedari, aku masukkan ke dalam bekas plastik putih dan terus masuk ke dalam oven.. Konon BBQ la kiranya..

Bila dh dipanaskan dalam 5 min, oven pun berbunyi "TING" menunjukkan sate panggang aku dh masak.. Apa lagi aku pun keluarkan untuk dijamu... sayang seribu kali sayang.. rupanya dh ade telur lalat..

Aku pun buang dua..tiga ketulan daging yang dihinggapi makhluk Allah itu.. Berserah pada Ilahi mungkin yang lain takde masalah. Aku pun makan keseorangan sebab cik dilah dh tido..cik suri plak tak balik-balik lagi.. Kalu ikut time makan, dh tak leh mkn ni.. tetapi memandangkan esok nk posa.. mkn la juga sebab satu hari ni aku tak makan pepe kecuali saki baki laksa semalam untuk santapan tengahari td.

Keesokan harinya (hari ni), lepas bersahur dengan segelas air sahaja(sbb bangun lambat dalam 5.30am).. aku pun segera mengambil wuduk.. perut rasa semacam dh..selepas menunaikan solat fardu tersebut aku pun bergegas ke toilet... warghhhh... K.E.R.A.C.U.N.A.N M.A.K.A.N.A.N!!

Jam 9.15pagi terkorban la puasa aku hari ini.... Kononnya mkn daging tu nak posa TAPI jadi sebaliknya plak! :-(

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea