Pages

Tuesday, October 28, 2008

Ujian kehidupan..

Posted by Faridatul at 10:33 PM
U.J.I.A.N

(Penulis hari ini didatangani oleh seorang sahabat menceritakan ujian yang dihadapinya.. itu ujian beliau.. penulis juga menhadapi ujian yang amat berat juga sekarang.. semoga kita semua dalam keradhan Ilahi dan dapat menghadapi ujian Allah ini dengan tabah dan sabar.. amin)

ujian... pelbagai jenis ujian yang kita hadapi semenjak kecil sehingga la kini.

Darjah 6 kita menghadapi ujian UPSR, naik tingkatan 3.. Ujian PMR, naik tingkatan 5.. Ujian SPM.. bak pendek kata hidup ini penuh ujian..samada ujian bertulis ataupun ujian hidup.

Seperti Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sebenarnya ujian yang kita alami itulah yang mengajar kita lebih tabah dalam menangani hidup. Yang mematangkan kita serta menjadikan kita lebih kuat dengan pengalaman-pengalaman yang menyakitkan dan memedihkan.. Itu la Guru kita yang mengajar kita dalam menghadapi hidup yang akan datang.

Kekadang manusia menganggap Allah itu kejam.. memberi ujian yang sebegitu berat padanya.. samalah seperti diriku.. pernah la merasakan kenapa la Allah memberi dugaan2 yang aku rasa amat berat kepada ku.. walaupun ketika itu kita merasakan kita tidak dapat menghadapi ujian tersebut tetapi sebenarnya kita boleh... cuma kita sabar atau tidak sahaja.. menghadapinya dengan keredhaan atau sebaliknya.

Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."

Tetapi.. Ujian itulah yang menunjukkan bahawasanya tanda kasihnya Allah kepada kita seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea