(dah macam bukan blog aku plak jadinya ..huhuhu)
Aku hanya meninggalkan petikan untuk kalian baca. Kalian bijak pandai. Masing2 boleh tafsir sendiri. Hayatila...
PETIKAN 1) petikan lanjut dari laman web utusan : Klik disini
"Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan", titah Nazrin semalam (10 mac) ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.
Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.
Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.
Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.
Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.
PETIKAN 2) petikan lanjut dari blog faisal tehrani : Klik disini
Hishamuddin Hussein mendakwa - "Kita (baca: Dia) juga ingin perjuangkan dan perkasakan bahasa kebangsaan (baca: dengan mencium keris), (tapi) bila ia dibawa ke tepi jalan, dipolitikkan, itu akan mengeruhkan keadaan (baca: bang, bahasa memang isu politik bang, abang tak belajar sains politik ke? Saya ada banyak buku bahasa Inggeris tentang persoalan ini; nak pinjam?)." (Sumber)
Beberapa maklumat daripada salah seorang tokoh GMP mungkin dapat menjelaskan kenapa GMP membawanya ke tengah jalan (bukan lagi tepi jalan). Saya 'difahamkan' yang:
1. Semua IPT diarah batalkan dan sekat forum PPSMI.
2. Malam ini forum pelajar UM diarah batal serta merta.
3. Staf UKM nak buat forum masih tak diluluskan.
4. KUIS diberi amaran kalau teruskan juga, akradetasi akan ditarik balik.
5. Tapi KUIS lawan. Tak mahu batalkan.
Saya tidak tahu sejauh mana benarnya GMP dilarang masuk IPT. Jika ia benar, maka saya kira pihak pemerintah telah membuka 'medan perang' baharu, dan menutup ruang bersuara. Ia amat tidak bijak dan tidak menguntungkan dari segi politik, bahkan ia juga bakal merugikan generasi mendatang.
Saya tidak faham mengapa terlalu berdegil, sedangkan sebahagian besar guru rata-ratanya menolak PPSMI
0 comments:
Post a Comment