Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 16, 2009

Tambah sorang lagi adik ipar

Posted by Faridatul at 11:06 AM
Tanggal 14hb mac jam 2.15pm, adik ku no 5 dari kami bertujuh telah menjadi suami secara sah di masjid sekinchan. Mak terasa sungguh akan kehilangannya. Walaupun bukan hilang terus tetapi terasa sebab dia ni seorang yang nakal masa kecil dan suke buat hal dia sendiri. Bukan mak saja tetapi tak sangka abah pun turut sedeh. huhhuu.. sebab masa kecil dia ni la yang selalu kena pukul ngan abah.

Pali atau Muhammad Fadzli ni walaupun seorang yang 'huha", tetapi yang bestnya la jadi isteri dia, rumah dan perkakas rumah telah disediakan. Boleh dikatakan cukup lengkap bagi yang baru berkahwin. Umah telah siap disewa 2 bulan sebelum kenduri. Perkakas rumah dari dapur, meja, set katil, almari , tv, rak tv semua dah disediakan. Isteri dia nanti masuk rumah cuci kaki jelah.

Akad nikahnya hari sabtu dan majlis kahwinnya hari ahad. Selepas majlis nikah, kononnya nak ke sungai besar. Apa lah hebat sangat orang kata sungai besar ni barang murah. Apa yang ku lihat dari pandangan ku sama jek ngan nilai atau di chow kit. Apa yang specialnya di sini!! Ke aku yang salah tempat. Balik dr perjalanan kami terasa dahaga. Maka berhenti la di kedai tepi jalan. Order 5 bungkus air mangga. Mai aiii..murahnya rm1 sahaja tetapi air mangganya pekat. puas sungguh minum. makan mangga pun tak terasa macam ni.

Masa balik dari kenduri kawin keesokkannya, aku suh abah belanja kawan2 rombongannya pekena air mangga. Tapi abah kata tak jumpa. Memang takde sangat selepas masuk ke sekincahan. Sedih plak tak dapat belanja kawan2 abah, aku puas mencari. Ada satu kedai ni, tapi airnya tak best. Macam air kordial jek. Nasib baik beli 1 dulu nak rasa. Berhenti pula di satu kedai lain, air ni ok la tapi kureng sket je dr semalam. Aku borong 10 bungkus. Sebenarnya tuk kami berlima dan abah berlima. Sebab 2 buah van dan sebuah kereta tu kabarnya dah balik. Tup2 masa dh bergerak dr kedai tu abah kata ber8. So, terpaksa la korban kan air kami sebab malas dh nak patah balik. huhuh..

Balik dr kenduri kawen singgah di umah alang di taman bendahara. K su kata dia memang suka ke sg besar sebab nak makan mee udang. Ada satu kedai mee udang best di sungai besar. apa tah nama nya. "KMO" kalu tak silap aku. rm5.00 je katanya. Lain kali mai sini, kita pekena plak mee udang ye.. hehehe

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea