Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI - Memusnahkan cerdik pandai generasi akan datang

Posted by Faridatul at 8:23 AM
Aku bersama-sama perhimpunan ini atas dasar bahasa dan bukan dari mana-mana politik. Dengan tidak membawa sebarang tuala yang menggangap himpunan ini adalah himpunan aman. Perhimpunan yang mahu menyelamatkan bahasa Melayu. Memperjuangan dasar kebangsaan tetapi ianya lebih meleset dari jangkaan ku.

Ramai yang mengatakan, himpunan ini lagi teruk dari himpunan BERSIH dan keahliannya lagi ramai dari BERSIH. Kesahihannya hanya boleh dijawab oleh mereka yang datang berdemo untuk BERSIH dan PPSMI.

Anggaran yang dibuat oleh media yang hanya 5000 orang yang datang ke himpunan PPSMI aku rasa tidak tepat. Sebenarnya lebih dari itu bilangannya. Tapi nasib baik mereka menyatakan 5000 daripada 500 sahaja yang hadir.. huhuhu.

Membaca kata-kata Utusan Meloya kata-kata A. Samad Said, "Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa"

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat gerakan itu.

Dan hari ini, dalam radio sinar.fm keluar berita mengenai PPSMI ini yang mana hishamudin akan meneruskannya. Dia menyatakan bahawa perlunya kita(rakyat malaysia) beri peluang PPSMI untuk melihat hasilnya. Hasil apa lagi yang nak dilihat sedangkan pelajar semakin ramai yang buta huruf. Tidak cukup kah kajian yang dibuat!!! Tidak cukupkah percubaan 6 tahun itu!! Hasil kajian yang ada menunjukkan tiada benefitnya PPSMI itu. Kalu betul pun hendak meningkatkan bahasa inggeris di kalangan pelajar, tingkatkan dan mantapkan pelajaran bahasa inggeris itu sendiri di sekolah.

markah peperiksaan dimanipulasi..pengakuan guru BI --- klik disini

Apatah yang dibincangkan oleh A Samad Said tersebut dengan pak polisi..


PPSMI yang turut "didalangi' oleh JASA..hahaha


barisan FRU yang hanya tunggu untuk melepaskan gas pemedih mata dan air kimia


air kimia yang disembur ke dalam masjid negara.. "lebih teruk dan hina dr israel"

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Salam.Tang komen gmbr JASA yg mendalangi tue mcm x kena..kitorg bukan dalang,huhu.

kalau dalang, x buat prgrm seminar 14 Mac.kui3

Faridatul said...

huhuhuh.. ye ke...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea