Sepanjang minggu ini aku dan beberapa rakan FTSM menghadiri kursus java yang dianjurkan oleh Mdec. Setibanya aku di depan pintu ketika waktu rehat tengahari, aku terkejut besar apabila melihat ada satu kotak yang telah dibalut dengan pembalut hadiah berwarna putih bercorakkan rama-rama berwarna-warni diletakkan didepan pintukku.
Segera aku mengangkat kotak hadiah tersebut dan tertulis pada satu helaian nota kecil yang ditampalkan pada kotak tersebut "kak fari, Ini dari fheby. Hadiah perkahwinan. Sori lama simpan. - Umi"
Ooo.. rupanya hadiah dari fheby. Fheby sahabat ku dari Riau, Pekan Baru tidak dapat hadir kenduri ketika itu sebab masalah kesihatan. Baru minggu lepas iaitu pada 13 mei 2010 bersamaan hari jumaat, aku dapat khabar berita yang dia dah melahirkan baby girl seberat 2.8kg. Alhamdulillah ibu dan anak sekarang dalam keadaan sihat.
Ini lah hadiah dari fibi.. Telekung sembahyang yang cantik sekali aku rasakan.. Yang uniknya kat bahagian kepalanya ada reben2 dan kepalanya berbentuk.. Dan sulaman-sulamannya cantik sekali.... Thanks fibi.... Semoga ukhwah terus berkekalan walauapun kita berlainan benua.. chewahhhh... hehehe
ini beg telekung... ada sulaman yang sama dengan telekung. Cantik bangat!!
0 comments:
Post a Comment