Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 5, 2010

Mendaki ke broga hill

Posted by Faridatul at 10:06 AM
Assalamualaikum..

agak lama juga tidak menulis di ruangan ini.. jumaat lepas aku dan hubby telah merancang untuk mendaki ke broga hill. Malamnya kami mencari dalam google map untuk mencari lokasi Bukit Broga tersebut. Bukit tersebut berdekatan dengan University Nottingham di Semenyih..

Keesokan paginya, kami bangun awal dari biasa. Maklum la dah lama aku meninggalkan dunia "aktif' ku semenjak bertunang.. Lepas saja bertunang tiap-tiap minggu uruskan pasal majlis perkahwinanku.. Mana taknya tempoh pertunangan ku dulu hanya la 4 bulan sahaja.. tu tak termasuk aku kursus sini sana.. so tempoh sebenar persiapanku hanyalah sabtu ahad dalam tempoh 2 bulan sahaja... huhuhuh.. amat memenatkan...

Bila hubbyku telah memberi kebenaran dan plan sama2 untuk mendaki, apa lagi.. pagi sabtu tu bersemangat waja. Aku menyediakan air dalam 2 botol, 3 keping roti, 4 energy bar dan sedikit gula2...

Setelah semua siap sedia tiba-tiba saja hubby ku kata "mendaki pagi ni terpaksa dibatalkan sebab hujan mulai turun" .. aku mula mencuka... Akhirnya dia setuju kami ke sana untuk mengambil angin pagi menaiki kereta ke sana sambil pemandangan dari bawah bukit.. tapi katanya "kalu tak hujan, boleh la mendaki".. aku kembali gembira... hehehe..

Sampai disana, hujan masih renyai2 tapi takde la lebat seperti di bangi. Kami mengambil keputusan untuk mendaki... semasa kami mula untuk mendaki ramai yang sudah turun untuk pulang. Seperti kata pijah sebelum ni, kebiasaannya orang akan mendaki jam 4 pagi untuk melihat matahari terbit. Tapi aku rasa diorng mesti kecewa kerana awan terlalu tebal dan hujan masih renyai2 membasahi bumi..

berhenti seketika menghilangkan penat..

Uishhh... ingatkan dah sampai rupanya ni la cabaran untuk ke puncak.. huhu

Pendakian mengambil masa sejam 15 minit. Kami mula mendaki jam 7.30pg dan sampai di puncak jam 8.45pg. itu pun byk kali berhenti kerana laluan jem antara yang nak naik dan yang nak turun. Orang yang nak turun pun terpaksa lebih berhati2 kerana tanah licin.

Kena lebih berhati-hati.. tanah mulai licin

Sampai di puncak, semua keletihan hilang terus dibawa pergi oleh angin yang agak kencang... tudung pun terpaksa aku pegang takut tercabut.. seronok tak terkira... inilah ciptaan tuhan yang perlu kita jelajah dan merasai keindahan ciptaanNYA...

Mendaki bersama suami tercinta... :-)

1 comments:

FeezMior said...

hye mak ngah ju.. ni along pijah.. anak pak de.. eee..

kami dah plan nk pegi ahad miggu ni. .tka sbr nye.. tngok org lain sume dh pegi.. jeles ouh.

btw, me also ada blog..senang2 nnt makngah ju singgah laa yer.. http://feezmior.com

take care.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea