Pages

Tuesday, July 6, 2010

Rezeki hanya DIA yang menentukan..

Posted by Faridatul at 10:49 AM
Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulilah, akhirnya jumpa juga aku dengan k sofea pagi tadi di cafe wisma unikeb. Kak Sofea ni merupakan senior aku di Kolej Ungku Omar dulu. 3 tahun aku menetap di kolej tu. Banyak sungguh kenangan yang tak dapat dilupakan.. terutamanya apabila pilihanraya kampus.. hahahaha

Kak Sofea dulunya kerja tetapi sekarang sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa. Pengorbanannya tidak la terkira demi seorang anak yang amat dikasihi. Anaknya mengidap penyakit **** aku pun dh lupa nama penyakitnya tetapi dimana anaknya berada dalam dunianya sendiri.

Diawal kelahiran anaknya adalah normal..seperti baby lain tetapi apabila meningkat setahun lebih, kak Sofea mulai perasan anaknya mula tidak bergaul dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya, tidak bercakap walaupun untuk menyatakan hendak makan atau minum, dan tidak menunjukkan reaksi yang positif dalam hubungan dua hala..

Begitula kasih sayang ibu, tidak mahu menghantar anaknya ke nursery takut anak tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Rupanya penyakit ini banyak menimpa pada semua orang dan kebanyakan penyakit ini dihidap oleh lelaki.

Sekarang, kak Sofea menghantar anaknya ke ukm iatu grant permata agar anaknya kembali pulih.. Tanda penyakit ini tidaklah semua seperti Faris iaitu nama anak kak Sofea. Ada yang aktif bercakap tetapi lain plak tandanya.. ada yang boleh bercakap tapi dari segi fizikal pula yang mengalami sedikit kecacatan.. kalu dilihat pada Faris ni, betul2 seperti kanak-kanak normal cuma dia suka berada dalam dunianya sendiri dan tak mahu bercakap even dengan kak Sofea sebagai ibunya.

Apa yang dibual pagi tadi banyak menyedarkan aku. Kak Sofea begitu cekal dan sentiasa berfikiran positif apa yang telah berlaku. Seperti kata kak Sofea pada ku "apa yang berlaku pada fari ada hikmahnya. Mana tahu baby yang lahir nanti mempunyai penyakit yang fari tak dapat tanggung ataupun fari sebenarnya masih tidak bersedia akan kehadiran baby walaupun fari sebenarnya amat teringinkan baby". Ada betulnya kata-kata k sofea tu. Sama seperti kata hubbyku sebelum ni.. walaupun sudah dua kali aku mengalami keguguran, aku mengharapkan yang akan datang nnt, aku telah bersedia dari semua segi.. dan selebihnya adalah tawakal kepadaNYA... Sesungguhnya DIA yang lebih tahu apa yang baik buat hambaNYA... aminnn...

p/s --> kalau den dah tahu nama penyakit tu.. nanti den masukkan kembali dalam blog ni ye..

4 comments:

Anonymous said...

Autisme! Minta beli buku from Jenny Mc Carthy coz anak dia pulih sepenuhnya. Ramai berpendapat ini sebab imunisasi

Faridatul said...

haaa.. betul2.. autisme..

sape ni ye.. thanks info yang diberi :-)

Anonymous said...

It's Eddy! Right food diet may help! Insha Allah! Title of the book - Louder than words

ayus said...

a'a...autisme la kak fari...abg kita pun autisme..dia sebaya dgn akak..tp mak sy besarkan dia mcm org biasa..for sure with additional attention..apa yg sy nmpk, mak byk bg keyakinan diri pd abg..which is need big heart laa..huhu..and now, abg saya dah keje - driver bus jb-spore..alhamdulillah dah ade kereta n dlm proses nak beli rumah..

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea