Dah lama aku tak jumpa hanan iaitu anak sulung mereka. MasyaAllah dah besar. Tinggi, kurus macam ummi dia dan putih macam abi dia. Anak kedua dia plak nama amar.. Yang ni aku tak sempat nk kenal. Dayah kata ada jumpa masa majlis kawinku dulu.. tak ingat dah masa tu. lupa sumenya. Maklumla ramai sangat orang datang.
Ini la amar dan hanan.. gambar selepas mandi
Aku yang tak berapa sihat hari tersebut hanya menggoreng karipap segera yang telah ku beli dari pasar tani, keropok lekor dan sedikit kentang goreng.. Anak2 diorng pasti akan suka tambahan cicah ngan mayonis.. Seperti ku duga hanan dan amar sukakan kentang tersebut.. :-)Dayah melayan amar dan hanan yang lincah kesana ke sini
Dayah dan acap sempat la solat asar dan maghrib kat rumah ni.. Malu juga la sebab aku tak sempat nak alih kain yang berlonggok kat atas katil bilik tetamu. Stok hampir sebulan yang tak sempat aku lipat lagi.. Bulan ni sibuk sikit dengan outstationnya.. kalu tak kemana2 aku plak yang sakit... Harapnya diorng paham ler.. heheheh.... "Kali ni boleh dah saya tumpang g toilet dan solat kat rumah ni ye kak fari, maklum la dulu rumah bujang", kata acap ketika mahu memasuki toilet mengambil wuduk asar dan ketika itu aku sedang memasak.. hehehe.. yelah dulu sape2 yang berfamili datang rumah, hanya si isteri sahaja yang dibenarkan sampai ke toilet.. :-) kalu sang suami nak solat, kena g suarau yang berdekatan. tapi skrg ni boleh dah.. hehehehAcap sedang memarahi kedua-dua anaknya.. rumah aku jadi treasure hunt bagi diorang berdua :-)
0 comments:
Post a Comment