Tetiba husbandku kata nak bebuka di hotel Residence. Tak la mahal sgt. RM55++ sekepala. Bila lagi nk romantik kan.. heheh.. Tapi sayangnya bila tiba disana, orang kaunter kata dh fully book sampai hari rabu. Kalau nak tempah hari khamis keatas. huhuhu.. sedeynya.
Aku dah takde idea lagi nak g berbuka dimana2 selain daripada no 29, taman tenaga iaitu di rumahku sendiri. Lagipun kepala makin sakit jadi untuk plan ke tempat lain takde. Nak ke hotel EQ, en abang kata EQ tak dapat sijil kithen halal dr jakim. Bab ni dia betul2 amik berat...
So berbuka jelah kat rumah akhirnya. Lepas sahaja solat zohor aku tertidur menahan sakit kepala. Bila bangun saja dari tidur, kedengaran suamiku tengah memasak. Mak aiii..byknya lauk yang hendak dimakan. Biasanya kami berbuka dengan ala kadar sahaja. Tapi bila en abang yang masak, semua lauk dalam peti sejuk habis dibawa keluar..huhuhu
Inilah sajian yang dimasak oleh suamiku tercinta.. hehehe
Cuba teka apa ada dalam sambal ni.. Dalam sambal ni ada sayur campur, ikan bilis, petai, daun sup, dan juga cendawan butang.. suma ada..kiranya macam2 ada!!!
Ini lauk singgang ikan aya yang semalam punya yang dipanaskan oleh suamiku, tapi yang masaknya aku ler... heheh
Akhir sekali sayur bayam tumis ikan bilis.. kalu ikutkan ideanya nak buat masak gulai santan.. tapi yang ni aku larang la sebab lauk kuah singgang dah ada.. nanti membazir
Inilah makanan yang paling sedap aku makan hasil air tangan suamiku sendiri. Semua tu dia masak tau selain singgang.. aku memang saja malas nk tolong.. tolong makan boleh la.. [sebab dia minta aku komen, kalu aku dah tolong, nanti x leh la aku nak komen .. heheheh]
1 comments:
salam ziarah.
hebat la husband puan pandai masak.. mcm2 ada.. puan xsihat.kesian puan.. banyakkan berehat ye.. nanti nak ajar lab kami plk.. x lama nak raya dah..
slmat berbuka n slmt menyambut Hari Raya Aidilfitri.. maaf kalu ada silap n salah sepanjg jd pelajar puan... :)
-najwa,ts-
Post a Comment