Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 16, 2010

Penat beraya

Posted by Faridatul at 9:43 PM
Raya kedua

Pagi2 lagi mak mertua aku bising. Maklum la hari ni nak ke jengka. Perjalanan ke jengka dari chini makan masa lebih kurang 2 jam. 3 buah kereta semuanya. Jam 9 pagi kami bertolak dari chini dan jam 11 lebih kami sudah sampai di rumah pak ngah suamiku di jengka 17.

Setelah selesai makan tengahari dan mengaut buah rambutan dan langsat dari belakang rumah pak ngah jengka, kami ke rumah pak ngah satu lagi di kota gelinggi. Jauh kedalam kota gelinggi ni dari jengka 17. Sampai sana dalam lebih kurang jam 4 ptg. Jam 5 lebih kami minta beransur pulang sebabnya suami adikku tak leh memandu dalam keadaan gelap. 2 kereta balik ke chini manakala aku dan suami balik ke kepong.

Sampai saja di kepong jam 10 lebih. Kononnya nk tido dulu sebelum balik perak. Tapi memandangkan melayan anak sedara ku sebab kakak ku nak balik sungkai mlm tu juga, so terpaksa tunggu mereka balik dulu. Jam 12 tengah malam baru kami berangkat pulang ke perak. Alang dengan innova barunya dah bertolak awal. Jam 4 pagi baru sampai di rumah pak teh di lasah, sungai siput.

Raya ke3

Setelah makan pagi yang disediakan oleh mak teh, kami dengan dua kereta berangkat beraya di rumah adik ayah aku, acu. Maklum la lama tak berjumpa banyak citer baru yang diperkatakan.

Kemudian, berangkat pula ke ulu kenas, kuala kangsar. Kak Pah iaitu sepupuku sebelah mak buat kenduri kawen anak sulungnya. Aku dan suami sekejap saja di situ sementara mak dan adik ku yang lain, masih lepak di situ. Aku dan suami ke bota kiri iaitu mengunjungi ke rumah bapa sedara belah mak mertua aku. Ramai berkumpul disitu. Kami lepak lama juga la disana memandangkan lama tak jumpa.

Selesai saja makan malam dan solat maghrib, barulah kami beransur ke ulu kenas. Maklumla aku ni kecoh sket ngan sepupu sepapat. Sepupu aku belah mak semua sebaya lebih kurang mak. Walaupun beza usia yang besar tapi kami tetap serasi. hehehhe... Borak punya borak tgk2 jam kul 12 mlm. Aku pun minta beransur walaupun sepupu2 ku tak bagi balik. Macam2 citer hantu saja diorang bawa kuar citer.. tapi aku tetap nak balik juga. Kalu ikutkan penat memang nak tido situ jek tapi apa kata pak teh pula nanti. Jam lebih 1 pagi baru la sampai rumah pak teh dan kelihatan semua dah tido... huhuhu

Raya ke4

Abah minta aku ke sungai petani tuk menziarahi pak long aku. Aku ikut saja. Alang tak nak g pada mulanya, tapi bila pak teh minta dia g sekali ngan pak teh, dia ikut saja.

Aku, suamiku, mak dan abah dalam satu kereta. Kami ke sungai siput dulu sebelum ke sungai petani. Sampai di sungai petani dalam jam 3 ptg. 30 minit selepas sampai disana, aku da suami minta keluar ke rumah sepupu suamiku di bertam jaya. lebih sejam juga la dari rumah pak long ku.

Jam 7 baru kami pulang dan jam 8 baru sampai di sungai petani. Sampai di sana saja kami terus minta beransur pulang. Dari sungai petani nak ke bertam jaya, jem gile coz ada excident. Ayah ku minta juga guna highway. Untuk menyedapkan perasaan ayah aku, aku tpon sepupuku yang berkerja di plus. Dia minta aku contact operator plus. Lebih dapat maklumat kat area mana jem, terus kami melalui jalan dalam dan selepas bertam jaya baru guna lebuhraya.

Jam 1 pagi baru sampai di ipoh. Aku dan suami mengambil keputusan untuk terus pulang ke kepong memandangkan aku tak berapa sihat dan suamiku tidak mendapat rehat secukupnya. Rabu dah nak kerja. Sekurang-kurangnya esok boleh rehat sepenuhnya di rumah.

Jam 4 pagi baru sampai di rumah mak aku di kepong. Sampai saja di kepong terus tido. Huhuhuhu.. masing2 lewat bangun. Setelah selesai solat subuh, masing2 sambung tido. Jam 11 lebih baru kami bersarapan. Itula cerita raya pada tahun ini. Penat tapi seronok. heheheh

Jam 12 lebih terus balik bangi dan barulah dapat rehat secukupnya... penat sungguh raya kali ni. Aku ni kalu terlalu penat boleh senang mendapat demam.. Hopefully tak teruk sangat la.. :-)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea