Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 23, 2010

Makan2 di wongo solo

Posted by Faridatul at 11:49 PM 4 comments
Kepenatan membantu pihak pengurusan ftsm petang td menyiapkan format subjek fakulti agak memberi tekanan pada bahu dan juga mental..wakaka.. penat la jugak.. so aku dh plan ngan suami nk mkn kat luar...

beberapa hari yang lepas, dilah ngan pijah bukan main promote lagi aku mkn ayam penyet kat wongo solo.. tp hari tu aku tak dpt nk join.. so kali ni ku ajak suami makan kat sana.. Lepas solat maghrib kami ke sana.. ramai juga orang. restoren ni bersebelahan ngan steamboat antarabangsa. Restoren steamboat antarabangsa ni pun baru lagi buka. cam menarik gak mkanannya.. lain kali nk g sini plak la... heheheh

Ini makanan yang aku tempah.. set nasi ayam penyet..

Ini pula makanan yang suami aku tempah.. set nasi ayam bakar..

Selain daripada makanan td, ada side order yang kami pilih iaitu sup ekor dan sambal udang petai.. marvelous... huhuhu
Perut yang sudah kekenyangan... akhirnya ayamku dihabiskan oleh suami.. sbb lauk yang masih banyak, satu lagi nasi putih diorder untuk suami tercinta.. kenyang sungguh kami..

Saturday, December 11, 2010

Cerita yang patut ditonton... best dan penuh bermakna...

Posted by Faridatul at 11:21 AM 0 comments
Cerita ini mengisahkan muluk, shamsul dan pipit yang sama2 bersemangat membangunkan anak2 pencopet untuk menjadi orang yang berguna dan berpendidikan.Muluk mempunyai sarjana pengurusan berpegang bahawa pendidikan itu penting, maka ilmu telah diajar kepada anak2 pencopet ini termasuk la ilmu agama...

Sayangnya bapa kepada muluk dan pipit telah mendapati bahawa gaji yang mereka perolehi itu dibayar hasil wang copet menjadikan muluk dan pipit berputus asa setelah melihat bapa mereka sedih dengan anak2 mereka yang telah menyara mereka dengan wang haram.

Shamsul pula mempunyai sarjana pendidikan yang dulunya selalu melepak berjudi telah berubah menjadi orang berguna setelah bersama-sama muluk. Dapatkah muluk, pipit dan shamsul mengubah anak2 pencopet ini... saksikan.... semuanya ada 11 episod..

Episode 1

Episode 2


Episode 3

Episode 4


Episode 5


Episod seterusnya, klik pada link tersebut :
- Episode 6
- Episode 7
- Episode 8
- Episode 9
- Episode 10
- Episode 11

Friday, December 10, 2010

Aktiviti ketika MAHA 2010

Posted by Faridatul at 12:13 PM 0 comments
Tahun ni dua kali aku ke MAHA 2010. 2 tahun lepas aku tak pergi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tahun ni mulanya malas nak g tapi memandangkan dh janji ngan ateh, so bawa la dia juga. Cadangnya suh ateh bawak kawan temankan dia coz aku dan suami malas nak jalan2. Last2 bila pikir semula dah alang2 dapat parking tak jauh sangat, so kami pun jalan2 sama meronda2 di MAHA 2010 untuk kali kedua. Kali pertama pergi pada 26hb nov ketuika mula2 MAHA dibuka tetapi bukan untuk umum. G ngan suami iza sbb syarikat suami iza - nizam ada membuka booth di sini iaitu di Hall D.

Hasil dari perjalan yang memenatkan ini, aku dapat merakam 2 benda yang agak menarik. So boleh la tonton bersama untuk berkongsi pengetahuan.

Video kaedah penapisan air dari rumah ke longkah



Video penghasilan keropok udang tanpa menggoreng dan menggunakan minyak

Tuesday, December 7, 2010

Xcdent yang tidak dijangka...

Posted by Faridatul at 8:20 PM 2 comments
Isnin lepas aku g kerja seperti biasa. Selepas login seperti biasa aku akan makan dahulu di wisma unikeb. Pekena bubur nasi dengan teh tarik. Kebiasaan kalu aku malas nk kuar makan tengahari, akan ku pekena makan pagi yang berat sedikit. Dah nak habis makan, tetiba dapat call dari suamiku. Aku tak sempat nak angkat. Rupa-rupanya dah banyak kali dia call aku tapi sebab keadaan di wisma unikeb tu agak bising sket, jad tak berapa dengar telefon bimbitku berbunyi...

bila call semula kedengaran suara suamiku seperti keletihan. Katanya dia dh ada kat rumah. Aku ingat suamiku bergurau rupa-rupanya dia xcdent ketika hendak g keje. Aku segera balik kerumah. setelah beli nasi lemak sebungkus aku segera balik.

Suamiku masih sempat tersenyum setelah balutan di poliklinik ditukar dengan balutan baru...

Balutan agak ketat sedikit sehingga kaki suamiku sejuk...
Ubat-ubatan yang diperolehi..

Sampai sahaja di rumah, kelihatan seluar suami ku dipenuhi dengan darah.. Dasyatnya darah, cam teruk sesangat xcdentnya sedangkan masa nak masuk rumah td, kelihatan hanya cermin depan moto belah kanan sahaja yang pecah, yang lain dalam kondisi baik. Maka tidak la aku menyangka teruknya sedemikian rupa.

Sebelum g poliklinik, suamiku minta gantikan kapas luka dengan kapas baru. Bile buka jek kapas lama, darah bercucuran. Pada kapas lama pun memang dh penuhi ngan darah. Sampai sahaja di poliklinik, suamiku dicucuk dengan dua suntikan iaitu suntikan tahan sakit dan suntikan kancing gigi. Sepatutnya kat poliklinik ni doktor dh leh jahit luka suamiku tp doktor mengesyaki ada keretakan pada tulang lututnya sebab itu darah tidak berhenti mengalir.

Setelah mengambil surat GL di fakulti, aku segera ke hospital serdang. Rupanya ada serpihan kaca telah terbenam dalam lutut suamiku. Nasib baik buat xray sebab masa doktor kat hospital serdang cek dengan mencukil di luka tersebut, beliau kata takde pepe. Malahan suamiku juga kata tiada sakit... Maka suamiku diminta menunggu untuk berjumpa pakar tulang. Akhirnya kaca yang terbenam dalam dalam kaki suamiku dibuang dan dijahit.

Jahitan pada lutut suamiku.. Nampaknya sehingga hilang sakit baru suamiku boleh menaiki moto semula. 13hb baru jahitan boleh dibuka..

Seharian berada di dalam hospital serdang. Hari ni merupakan hari kedua, sian plak lihat suamiku terjengkit2 dan mengadu kesakitan. Bengkak di kaki dan lutut mula kelihatan. Doktor di hospital serdang bg cuti sehingga Rabu tetapi katanya kalu masih tidak hilang sakit boleh minta lagi cuti. Moga-moga sakit suamiku segera sembuh, sebab kondisi tempat kerjanya memerlukannya..

Wednesday, December 1, 2010

Bengkel joomla

Posted by Faridatul at 11:36 AM 2 comments

Sonok belaja joomla ... walaupun aku dah tahu mengunakan joomla tapi saja nak attend coz kredit jam berkursus tahun ni tak cukup 42 jam lagi. Aku kenal joomla bile mula diperkenalkan.. dulu aku pernah buat website dengan menggunakan mambo.. mambo ni kire famous sebelum joomla...setelah joomla diperkenalkan aku menggunakan pula joomla.. Maklum la tahun ni byk habiskan masa tuk setelkan semua mengenai perkahwinan ku bulan februari lepas... lepas kawen plak..macam2 plak kerenah dan dugaan.. bebanan kerja yang banyak juga menyebabkan tak sempat nak apply tuk menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan.. Kononnya sibuk sangat la tu...

pepe pun.. kawan2 aku mas, ina, dan iza dapat pendedahan baru mengenai joomla ni.. bukan susah sangat pun sebab joomla ni tools yang dah siap cuma kena tahu cara nk guna jek berlainan la kalu kena buat coding.. huhuhuh

Disepanjang kursus yang diadakan ni selama dua hari sehingga esok, aku cuba nak siapkan website pengajaranku yang menggunakan joomla yang tak siap2 lagi setelah sesemester berlalu.. tak sempat nk siapkan... content jek tak masukkan lagi.. dari segi modul dan component yang lain2 tu memadai dah kot..cuma nk masukkan content dan nak tukar tempalet mengikut citarasaku..

Untuk download jomla versi 1.5.22 klik disini joomla 1.5.22

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea