Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 7, 2010

Xcdent yang tidak dijangka...

Posted by Faridatul at 8:20 PM
Isnin lepas aku g kerja seperti biasa. Selepas login seperti biasa aku akan makan dahulu di wisma unikeb. Pekena bubur nasi dengan teh tarik. Kebiasaan kalu aku malas nk kuar makan tengahari, akan ku pekena makan pagi yang berat sedikit. Dah nak habis makan, tetiba dapat call dari suamiku. Aku tak sempat nak angkat. Rupa-rupanya dah banyak kali dia call aku tapi sebab keadaan di wisma unikeb tu agak bising sket, jad tak berapa dengar telefon bimbitku berbunyi...

bila call semula kedengaran suara suamiku seperti keletihan. Katanya dia dh ada kat rumah. Aku ingat suamiku bergurau rupa-rupanya dia xcdent ketika hendak g keje. Aku segera balik kerumah. setelah beli nasi lemak sebungkus aku segera balik.

Suamiku masih sempat tersenyum setelah balutan di poliklinik ditukar dengan balutan baru...

Balutan agak ketat sedikit sehingga kaki suamiku sejuk...
Ubat-ubatan yang diperolehi..

Sampai sahaja di rumah, kelihatan seluar suami ku dipenuhi dengan darah.. Dasyatnya darah, cam teruk sesangat xcdentnya sedangkan masa nak masuk rumah td, kelihatan hanya cermin depan moto belah kanan sahaja yang pecah, yang lain dalam kondisi baik. Maka tidak la aku menyangka teruknya sedemikian rupa.

Sebelum g poliklinik, suamiku minta gantikan kapas luka dengan kapas baru. Bile buka jek kapas lama, darah bercucuran. Pada kapas lama pun memang dh penuhi ngan darah. Sampai sahaja di poliklinik, suamiku dicucuk dengan dua suntikan iaitu suntikan tahan sakit dan suntikan kancing gigi. Sepatutnya kat poliklinik ni doktor dh leh jahit luka suamiku tp doktor mengesyaki ada keretakan pada tulang lututnya sebab itu darah tidak berhenti mengalir.

Setelah mengambil surat GL di fakulti, aku segera ke hospital serdang. Rupanya ada serpihan kaca telah terbenam dalam lutut suamiku. Nasib baik buat xray sebab masa doktor kat hospital serdang cek dengan mencukil di luka tersebut, beliau kata takde pepe. Malahan suamiku juga kata tiada sakit... Maka suamiku diminta menunggu untuk berjumpa pakar tulang. Akhirnya kaca yang terbenam dalam dalam kaki suamiku dibuang dan dijahit.

Jahitan pada lutut suamiku.. Nampaknya sehingga hilang sakit baru suamiku boleh menaiki moto semula. 13hb baru jahitan boleh dibuka..

Seharian berada di dalam hospital serdang. Hari ni merupakan hari kedua, sian plak lihat suamiku terjengkit2 dan mengadu kesakitan. Bengkak di kaki dan lutut mula kelihatan. Doktor di hospital serdang bg cuti sehingga Rabu tetapi katanya kalu masih tidak hilang sakit boleh minta lagi cuti. Moga-moga sakit suamiku segera sembuh, sebab kondisi tempat kerjanya memerlukannya..

2 comments:

dijah said...

innalillah.. moga encik puan pari cepat sembuh..aamen

Faridatul said...

aminnnn...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea