Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini aku betul-betul sedih atas apa yang berlaku. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Aku rasa cukup la untuk menghentam antara satu sama lain.
Sedikit sebanyak stress yang aku alami ini membuatkan aku bersikap agak kurang ajar dengan orang tertentu yang tidak cuba untuk memahami situasi yang berlaku. Kerjanya nak menghentam dan menurunkan motivasi diriku. Banyaknya memberi pandangan dan komen yang negatif berbanding untuk sama-sama membantu sedangkan kerja dalam satu organisasi.
Itu la manusia, "rambut sahaja sama hitam, hati lain-lain " bak kata pepatah melayu. Itu pepatah melayu yang mengatakan rambut yang sama warna pun niat setiap orang berbeza-beza. Zaman sekarang warna rambut setiap orang pun dah lain-lain ada perang, ada jingga, ada putih (uban..hehehe), dan lain-lain warna lagi. Lagi la bermacam2 bezanya.
Aku berpegang pada satu sahaja. Amanah yang telah diberikan haruslah dibuat yang sebaik mungkin. Walaupun tidak sesempurna di kaca mata mereka tetapi biarlah antara aku dan DIA sahaja yang tahu.
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
Aku pun sebelum program di tempat aku bekerja ini, telah mengalami satu situasi yang aku sendiri kurang senang yang mana ada seorang kawan aku si A meminta pertolongan aku untuk meminta bahan dari kenalannya si B. Aku menerima amanah tersebut. Aku telah cuba untuk meminta bahan tersebut. Disebabkan komputer si B rosak, dia pula telah berjanji untuk memberi kepada kawanku si C yang bekerja berhampiran tempat kerjanya sesudah komputernya OK. Selang beberapa hari aku mengharapkan komputernya sudah kembali OK dan mengharap agar bahan tersebut telah diberikan kepada kawanku si C. Sayang seribu kali sayang, rupanya tidak langsung dibuat. Aku sudah berjanji akan serahkan bahan tersebut kepada si A dalam 3 hari lagi. Banyak kali aku try call dan msg, sket pun tak berbalas. Akhirnya si A mohon aku serahkan bahan yang dimintanya seminggu yang lalu. Aku menceritakan hal sebenar. Tetapi apakan daya, hatinya aku tak tahu. Mungkin tindakannya yang agak meminggirkan aku dalam seminggu dua ni menunjukkan dia terasa hati dengan sikapku atas amanah yang aku tidak lakukan sebaik mungkin di kaca matanya. Entah la, itu pun sekadar andaian aku.
Setiap manusia ada masalah masing-masing. Cumanya kita buat yang terbaik dalam amanah yang telah diterima. Jangan lah hanya menerima setelah itu, melakukan dengan ala kadar sahaja bak kata pepatah melayu melepaskan batuk di tangga.
Dalam tempat organisasi ku bekerja, masing-masing mengejar KPI. Setiap orang ada merit yang berbeza-beza megikut kedudukannya dalam organisasi tersebut. Walaupun merit untuk khidmat masyarakat tak banyak, tetapi setelah diri sendiri menerima amanah yang diberi..BUAT LA.... Ada yang bagi alasan penat la, cukup buat ala kadar la.. Geram plak dengarnya. Tapi itu bukan kuasa aku untuk memarahi mereka.
Bak kata insan yang aku sayangi iaitu ibuku " kalu tak pandai takan masuk U".. ni masing2 ade degree, master, phd... sume bijak2 belaka.. so, masing2 muhasabah diri termasuk diriku yang kerdil disisiNYA... :-)
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment