Ulasan buku : Setiap hari adalah HoneyMoon (Kamarudin Ibnu Mikam)
Aku membeli buku ini ketika ada pesta buku di PKNS bangi. Ketika berjalan2 dengan hazwani, aku tertarik dengan tajuk buku ini "Setiap hari adalah haneymoon". Setahun sudah aku telah mendirikan rumah tangga. Panjang lagi masa yang aku perlu lalui tetapi sepanjang setahun aku mendidikan rumahtangga perlunya ada komitmen dan komunikasi antara pasangan untuk memastikan rumahtangga tidak hambar.
Dalam tips yang pertama ini " cintai dia apa adanya" memang la amat wajar sekali. Perilaku sebelum kawen dan selepas kawen adalah berbeza. Setelah kawen baru kita nampak segala tingkah laku baik dan buruk yang selama ini masing2 menyembunyikan tingkah laku buruk masing-masing.
Dalam tips yang diberi ini bukan lah bermakna kita tidak boleh mengubah tingkah laku pasangan yang tidak kita sukai tetapi seharusnya ada kesabaran disitu. Kalau tidak dapat diubah terima la dengan redha dan fikirkan tingkah laku positif yang lain. Tidak ada manusia yang sempurna!
Antara contoh yang diberi dalam tips yang pertama ini adalah contoh ibubapa yang kita paling sayangi. Walaupun ada tingkah laku mereka yang kita tidak sukai, kita boleh sahaja terima mereka sebagai ibubapa kita. Maka, seharusnya begitu jugalah dengan pasangan kita. Walaupun ada tingkahlakunya yang tidak kita sukai, cubalah redha dengan kebaikan yang ada padanya.
Kalau ada tingkah laku pasangan yang tidak disukai dan perlukan kesabaran, perbanyakan berdoa. Doa yang diberikan dalam tips ini adala seperti berikut :
" Ya Allah, Tuhan yang Maha Membalik-balikkan hati, berikanlah aku kesabaran dan kelembutan hati sebagaimana Engkau berikan kelembutan Nabi Adam kepada Hawa dan kesabaran Nabi Yusof kepada Zulaikha".
Kesabaran amatlah penting dalam memastikan rumah tangga aman damai dan bahagia. Setiap perbuatan yang diketuai oleh emosi akan menghasilkan porak peranda kerana tingkah laku yang di ketuai oleh emosi adalah hasil pengaruh dan suntikan syaitan dan iblis.
Ada satu kisah dalam tips ini yang menyentuh hatiku. Ceritanya berkaitan suami isteri yang baru berkahwin. Si isteri telah membaca satu majalah berkaitan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan cinta suami isteri iaitu dengan mencatit dan memperbaiki tingkah laku pasangan masing-masing demi kebaikan bersama. Di suatu malam, si isteri dan si suami tidak tidur bersama kerna masing-masing perlu mencatit kekurangan pasangan. Keesokkan paginya, si steri telah menbaca kekurangan suami sebanyak tiga muka surat. Kelihatan si suami mengalir air mata. Si isteri memohon maaf jika ada yang tersinggung. Apabila tiba masa giliran si suami pula, si suami hanya diam. Si isteri memaksa suami membaca juga demi kebaikan bersama. Akhirnya si suami menyatakan dia tidak mencatatkan satu pun kelemahan si isteri kerna dia telah menerima seadanya si isteri. Mengalir air mata si ieteri dan si isteri memohon maaf kepada si suami.
Aku tersentuh cerita tersebut kerana cerita tu cam lebih kurang jek ngan aku. Aku rasa semua isteri akan tersentuh cerita ini kerna masing-masing akan berbuat sedemian rupa iaitu mungkin lebih dari tiga mukasurat kerana ketidak puasan tingkahlaku suami. Tindakan si suami dalam cerita tersebut mungkin sama seperti suami-suami di luar. Harapnya suami-suami akan terima kita seadanya ini berpanjang sehingga akhir hayat sebab banyak juga si suami telah beralih arah dipertengahan abad perkahwinan mereka dan pelbagai yang diungkitkan.. Harapnya tidak buat diriku dan suami... Mudahan kebahagian berpanjangan hendaknya dan semoga Allah memelihara jodohku bersama suami tercinta sehingga akhir hayat dengan bahagianya..aminn
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment