Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja bertakhta
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Tanggal 16 mei, semua negeri di Malaysia termasuk Sabah Sarawak akan meraikan hari guru. Hari guru adalah satu hari yang bertujuan untuk meraikan para guru. Semenjak kepentingan guru telah diiktiraf oleh UNESCO, maka hari guru telah diraikan setiap tahun. Hari yang diraikan ini juga adalah untuk menghormati para guru atas sumbangan mereka dalam bidang-bidang tertentu atau dalam masyarakat secara amnya.
Hari guru disambut di seluruh dunia tetapi pada tarikh yang berbeza. Contohnya di Brunei hari guru disambut pada 23 september, Mesir - 28 Februari, Indonesia - 25 November, Filipina - 5 Oktober, Singapura - 1 Sepetmber, dan Thailand - 16 Januari. Semua hari yang berbeza-beza tetapi tetap disambut oleh setiap negera secara tahunan.
Tarikh 16 Mei yang disambut oleh Malaysia adalah kerana pada tahun 1956 iaitu tarikh yang sama dengan Majlis Perundangan Persekutuan Malaya (Federal Legislative Council) telah mengesahkan Laporan Razak, iaitu satu daripada empat Laporan Jawatankuasa Pelajaran di Malaysia selepas Tun Abdul Razak menjadi Menteri pendidikan ketika itu. Laporan Razak telah menjadi dasar pendidikan di Malaysia semenjak hari itu.
Maka sempena hari yang mulia ini, aku ingin mengucapkan kepada semua guru-guru/ para pendidik yang pernah mengajar aku dari aku tadika sehingga la aku dah beso ni.. Secara formal dengan lebih spesifik adalah kepada para pendidik di senarai di bawah dan secara amnya pada semua pendidik.
1986
- Tadika islam (Kemunting, perak)
1987 hingga 1990
- sekolah ren long jaafar, taiping perak
- Sekolah agama kem kemunting, perak
1990 hingga 1992
- sekolah ren. keb. jalan air panas, setapak KL
- sekolah agama kem genting klang, kl
1993-1997
- Sekolah Menengah Selayang Bharu, Selayang Bharu, sel
1998
- Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Bangi (matrikulasi UKM setahun)
1999-2005
- Fakulti Teknologi dan sains Maklumat, UKM
4 comments:
selamat hari guru juga buat akak :)
hehehhe.. terima kasih suri :-)
cik puan,
puisi tak habis la..
ayat ni yg best
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
hee :)
hehehhehe...
baik la cik sis aflah.. akan ditambah ungkapan puisinya :-)
Post a Comment