Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 14, 2011

Songsang dan meniarap...

Posted by Faridatul at 5:04 PM
Assalamualaikum...

Rabu lepas aku buat pregnancy checkup bulanan. Minggu depan genap 7 bulan. Kalu diikutkan aku mahu sahaja postpone ke hari ini iaitu jumaat sebab ada kelas rabu tersebut. Sebulan lepas masa buat temujanji takde kelas pada waktu tersebut.

Setelah setengah jam berada di dalam kelas, setelah aku pastikan semua pelajar hadir, setelah semua pelajar sudah boleh untuk membuat tugasan makmal pengaturcaraan C, aku pun melangkah pergi bersama suami ke poliklinik. Aku terpaksa juga meninggalkan pelajar menyiapkan tugasan memandangkan keadaan bayi yang agak mencemaskan aku dalam 3-4 hari ni. Pergerakannya aku tak rasa langsung. Lagipun batuk dan selsema yang teruk juga mencemaskan aku jikalau ia sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kandunganku ini.

Setelah tunggu hampir 45 min, aku telah mendapat giliranku. Kiranya tidak la lama seperti sebelumnya. Alhamdulillah setelah scan, doktor kata bayi dalam keadaan sihat cumanya kedudukan bayi yang songsang dan meniarap. Imej yang kelihatan pada skrin scan adalah bulatan kepala bayi. Doktor kata, cam sardin jek kedudukannya dalam perut sebab kedudukannya yang meniarap itu. Scan bulan lepas pun kedudukan bayi adalah songsang tapi tidak la meniarap. Orang kata banyakkan bercakap ngan bayi. Aku dah pun buat perkara tersebut tapi masih songsang juga. Tapi ada ayat doktor yang menyedapkan hatiku yang gelora ini." Bayi masih lagi boleh bergerak dan berputar dalam perutku ini. Kalu lapan bulan ke atas tu yang cemas. "

Bulan depan doktor kata akan refer aku ke hospital. Aku memilih hospital serdang memandangkan kedudukannya yang agak hampir dengan lokasi rumah. Doktor terpaksa menghantar aku ke sana kerna takut akan kandunganku menghadapi masalah apabila memasuki 8 bulan keatas kerna sebelum ni aku sudah mempunyai sejarah telah gugur 2 kali tahun lepas.

Semalam mak call aku tanya keadaanku dan memberitahu bahawa kakak ku telah selamat melahirkan bayi perempuan. Setelah mak tahu kedudukan bayi yang songsang dan meniarap tu, mak punya la bising. Mak suh mencari bidan membetulkan kedudukan bayi. Masih adakah bidan yang pandai dalam membetulkan kedudukan bayi ni??... mmmm... aku mengharapkan agar bersalin nnt tidak la melalui penbedahan.. Kena cari ikhtiar juga agar kedudukan bayi kembali normal..

2 comments:

khadijahwmg said...

assaalmualaikum fari.. kak khadijah ni (cik jah).. ntah camane terjumpe lak blog fari... tahniah ada baby dlm perut, alhamdulillah 'ala kulli hal. baru2 ni adik ipar akak bersalin baby songsang kat klinik SALAM - shah alam medical centre - doktor yg jaga dia bersalin pandai pusing2kan baby yg songsang tu. akak cuba cari dia tanya ye? contact akak 019- 21 six 343 zero. Wassalam.

Faridatul said...

wassalam.. thanks k chik jah.. dpt mesej akak smlm tp tak sempat nk balas..

aritu masa scan mmg songsang tp seminggu lepas tu kononnya nk scan 3D kat kpmc kajang ok plak cuma baby tetap meniarap...

apa2 pun.. nk tgk scan 8 bulan ni plak masa minggu raya haji.. orang kata skrg baby masih pusing2.. so nk tgk keadaan camne dulu... :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea