Pages

Sunday, January 8, 2012

kehadiran Luth wafiy

Posted by Faridatul at 4:48 PM
Assalamualaikum..

Alhamdullillah telah selamat luth wafiy dilahirkan pada 23 dec 2011. Kehdirannya penuh dengan pelbagai cerita. InsyaAllah jika ada masa nnt saya ceritakan.

Tapi harini, saya ingin berkongsi kesedihan yang tidak tertanggung lagi sebagai seorang ibu yang mendapat cahaya mata pertama. Tangan yang menaip di blog ini sungguh lancar sekali dan sebegitu jugalah air mata yang jath berderai dari kelopak mata ini.

Hampir seminggu lebih sudah wafiy mengidap penyakit kuning. Pada pertama kali dikesan penyakit kuning adalah sehari selepas balik dari PPUKM iaitu pada hari isnin 26 dec yang lalu. Disebabkan ketiadaan pengalaman dan ketika itu pula hari cuti krismas maka klinik kesihatan bangi tutup. Hari selasa nya suamiku telah pergi ke klinik kesihatan dan dengan harapan misi dpt dtg dengan segera untuk melihat tahap penyakit kuning wafiy. Sayangnya sekali misi tidak hadir langsung pada hari tersebut. Pagi rabu barulah misi dtg dan disebabkan kulit wafiy yang agak cerah sedikit jadi misi hanya cakap mungkin tahap kuning wafiy dah serius.

Aku dan suami segera ke klinik kesihatan dan ketika itu bacaan yang diperoleh adalah 17.5. Aku terus diminta ke hospital serdang kerana tahap kuning wafiy yang tinggi. Dalam perjalanan ke sana, aku menyusukan wafiy. Sampai disana, aku diminta ke unit kecemasan. Darah wafiy diambil lagi dalam jam 2ptg. Setelah tunggu hampir 45min disitu, aku diarah masuk ke wad NICU. Disitu doktor menanyakan bacaan darah terakhir wafiy. Aku langsung tak tahu. Akhirnya mereka mengambil darah wafiy sekali lagi. Begitu sedey sekali aku mendengar wafiy meraung kesakitan dicucuk untuk mengambil darah. Setelah keputusan diketahui doktor memberitahu bahawa bacaan darah wafiy adalah 427 dan perlukan prosedur untuk penukaran darah. Aku terus tidak dapat menahan sebak. Aku hampir meraung juga mendengar kompilasi yang berlaku apabila doktor menerangan prosedur dan kesan2 yang mungkin akan berlaku jika wafiy tidak ditukar darah atau ditukar darah. Aku teresak-esak mendengar penerangan doktor. Diketika itu aku hanya setuju sahaja apa yang terbaik buat wafiy.

Wafiy diberikan air masuk melalui tangannya dan terdapat 3 lampu diberikan kepadanya. Dari jam 3ptg sehingga 12 mlm wafiy tidak henti2 menangis. Aku turut menangis apabila wafiy melalak sedemikian. Aku langsung tidak boleh memberi susu kepadanya. Setiap 2 jam doktor akan mengambil darah. Hati ibu mana yang tahan melihat anak kecilnya menagis melalak sedemikian rupa dan melihat anak kecil yang baru beberapa hari itu dicucuk. Hampir tangannya bengkak.

Alhamdulillah jam 12 mlm bacaannya menurun 397. Doktor memberitahu bahawa jikalau bacaannya kurang dari 400, proses penukaran darah tidak akan dilakukan. Alhamdulillah. Aku terus meminta kebenaran doktor untuk menyusukan wafiy. Doktor membenarkan tetapi air yang dimasukkan melalui tangan kanannya perlu diteruskan juga.

Jumaat jam 6pm aku dan wafiy dibenarkan keluar. Bacaamn ketika itu 14.5. 2 hari selepas itu aku telah mendapatkan bacaan darah di klinik azzahrah. Bacaan ketika itu 220. Terdapat penurunan yang agak bagus. Aku sedikit gembira.

Tetapi kesedihan terus melanda aku dan suami. 2 hari selepas itu aku pergi semula ke klinik kesihatan untuk melihat perkembangaan wafiy. Terkejut sungguh aku, bacaannya telah meningkat kepada 15.3 iaitu melebihi dari paras bacaan keluar dari wad NICU. Aku begitu kusut sekali. Dalam tempoh lagi 2 hari bacaan hendak diambil, pelbagai petua aku cuba, bacaannya kurang sedikit kepada 14.3. Mak aku yang duduk bersamaku cuba juga petua menjemur wafiy di pagi hari. Tetapi bacaan jumaat lepas tetap sama seperti sebelum ini iaitu 14.2. Aku sudah kebuntuan idea untuk merawat wafiy. Tetapi aku tetap berdoa agar wafiy disembuhkan segera.

Doktor telah memberi surat rujukan ke hospital serdang untuk melihat jikalau wafiy terdapatt masalah hati atau sebaliknya. Aku mendoakan semoga tiada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dalam kesakitan aku kesan dari pembedahan tersebut, aku sanggup kemana saja jikalau ada petua atau ubat yang boleh menyenbuhkan wafiy. KedapaNYA aku tidak putus doa dan harapan. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi dugaanNYA ini.... amin...

Malam ni cadang nk g knlinik azzahrah untuk mendapatkan bacaan darah wafiy. Harapnya terdapat penurunan. Aminnnn

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea