Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 10, 2014

Spagetti cabonara

Posted by Faridatul at 4:43 PM 0 comments
Isnin lepas makan spagetti cabonara tuk berbuka puasa.. Wafiy selera sungguh maklum la ala2 mee gtu... kuah  pun x pedas.. Bila cerita ngan kawan2 seopis ada plak yang request  nak resepi kuah cabonara.. Padahal dh bg.. so senang aku catit aje dlm blog ni.. sebelum taip ni cari2 gak rupanya takde.. sabau jelah...

** PERINGATAN.. bagi yang ada anak kecil tu jangan la dibubuh lada hitam terlebih dahulu tak sesuai tuk mereka... so aku skrg ni jenis masak lum sum then kalau nk buh lada hitam aku masukkan kemudian atas pinggan sendiri nnt serta hirisan cili api.. tekak melayu la katakan... hahahaha

Bahan-bahan

1/2 bungkus spaghetti (tak kesah la nk jenis apa pun)
1/4 butter 250g
1 bahagian dada ayam dipotong kecil
6 bawang putih (cincang)
1 bawang merah (cincang)
seplastik mushroom butang (dihiris)
1 kotak susu dutch lady full cream
Sedikit oregano
2 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
lada hitam
3 slice cheedar cheese (saje nk bg lagi cream)
2 cawan air (bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.. aku nk buat stok so guna 2 cawan jek, masa nk mkn nanti baru tambah air)
parmesan cheese

Cara-cara memasak 

Spagetti

1. Masak air sehingga mendidih. Pastikan paras air sesuai dengan kuantiti dan saiz spagetti
2. Masuk spaghetti, 2 sudu garam dan  rebus sehingga al-dente.
3. Toskan dan asingkan.
4. Gaulkan speggetti bersama minyak zaitun supaya tidak melekat.

Kuah Carbonara

1. Masukkan sedikit minyak untuk menggoreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan
2. Periuk yang sama masukkan butter ke dalam kuali sehingga cair.
3. tumiskan bawang putih dan merah. Masukkan tepung gandum  dan kacau cepat. Pasikan tepung tidak berketul.
4. Masukkan susu full cream, mushroom, kiub ayam dan air. Pastikan api sederhana.
5. Masukkan cheddar cheesse, garam, oregano dan lada hitam
6. Setelah mendidih tutup api.



** sukatan kuah cabonara diatas adalah untuk buat stok seperti sos cabonara dalam tin tu.. so setelah diasingkan dalam bekas yang hendak disimpan barulah aku menambah air masak lain plak... yang nak disimpan,  disejukkan dahulu dan masukkan dalam freezer.. yang nk makan tu, buka semula api dan panaskan sos tadi.. Tambah 2 cawan air mengikut kepekatan yang disukai. Tambah garam dan masukkan ayam ke dalam sos.. siap.. Tuangkan sos ke atas spagetti dan tabuskan cheese parmesan... ready to eat... :-)

Cara memasak sos cabonara yang di sejukkan
1. keluarkan sejam sebelum hendak makan dr freezer
2. Masukkan bahan ke dalam periuk dan tambah air mengikut kepekatan yang disukai
3. Masukkan seafood (kalau ayam dan daging kena la goreng dahulu)
4. setelah mendidih ready tuk makan bersama roti, atau pasta... nyum2

Wednesday, July 9, 2014

Nasi Arab Kabsya homemade

Posted by Faridatul at 12:28 PM 0 comments
Ahad lepas 6 julai aku buat nasi Arab kabsya.. selama ini aku ingatkan nasi arab ni sama mcm nasi beriani pakai susu dan sebagainya.. tp sebenanrnya ianya adala healthy food sbb yang dipakai pun minyak zaitun... i like... cuma jangan la dh sedap tu makan byk.. tu dh jadi tak sihat..

Sebenarnya aku beli nasi arab homemade al bayt .. Rm15 sekotak dan ada 4 jenis.. aku beli 4 kotak tapi 3 jenis sahaja.. iaitu nasi kabsah, nasi maqluba dan nasi mandy kambing... Nasi maqluba beli 2 kononnya nk bawa balik chini masa beli tu tp masa nk balik kampung pk2 x jadi la sbb tak sempat nk masak.. so tangguh la dulu dr bawa balik kampung....

ni la dia nasi arab al bayt.. rm15 sekotak

So nasi arab kabsah ni la nasi arab pertama yang aku buat.. tak susah mana pun.. sebab salad dan sosnya dh pernah buat... cuma tak tau camne nak buat nasi jek.. dalam setiap kotak dh disediakan rempah tumis, rempah nasi dan beras basmati..cuma yang lain2 tu kena provide sendiri.. Nasi kabsah yang aku buat ni pun aku modify jugak dr resepi asal yang ada pada pek kotak tersebut... hehehe.. tp yang best suami ku makan 3 pinggan menunjukkan sedap bebeno la.. aku makan sepinggan aje sbb rempah dalam nasi tu membuatkan aku rasa kenyang... lagipun baru buka posa..

ok.. aku sertakan sekali resepi yang aku buat.. yang telah aku modify dr resepi asal... tapi kalau nk guna resepi asal apa salahnya.. kawan2 aku yang sebiji guna resepi asal kata sedappp.. huhuh.. cuma takde sup aje lah dlm resepi nasi kabsah ni... 

Bahan-bahan..

Bahan-bahan untuk sup, Ayam Kabsa dan Nasi Arab

3 bahagian 1/4 ayam (bahagian peha)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 in halia 
2 1/2 sudu rempah kabsah (dlm pek kotak dh disediakan)
4 sudu makan sos tomato
beras Basmathi (dlm pek kotak dh disediakan)
minyak zaitun
rempah tumis (dlm pek kotak dh disediakan)
sedikit saffron


Cara membuat Ayam Kabsa
1. Air dalam 1 liter  dipanaskan dalam periuk.
2. Mesin bawang, bawang putih dan halia dan dibahagi kepada 3 bhgn : Untuk masak nasi, sup ayam dan masak Ayam Kabsa.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan 1/3 bahan mesin dan 1/2 sudu rempah kabsa.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas 15 minit angkat ayam dan ketepikan air rebusan untuk dijadikan sup.
6. Lumurkan ayam dgn 1/3 bahan mesin, 1 sudu rempah kabsa, dan garam. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit, suhu 180 C dalam aluminium foil.

Cara Memasak Nasi Arab
1. Beras direndam 20 minit.
2. Tumiskan rempah tumis kabsah.
3. masukan 1/3 bahan mesin dan sos tomato dan tumiskan hingga wangi.
4. masukkan 2 cawan stok ayam dan 2 cawan air biasa, biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masukkan juga saffron. Masak seperti biasa.
6. Bila air agak kering, taburkan minyak zaitun di atasnya dan kais perlahan2 bagi menglakkan nasi patah.

Sup ayam
1. panaskan baki stok ayam tadi
2. tambah 2 cawan air
2. campurkan garam 
3. masa hendak dihidangkan masukkan  daun ketumbar

Salsa Tomato
2 biji tomato *
10 biji cili padi * 
sedikit daun ketumbar * 
1/2 biji lemon diperah airnya
garam dan gula
Blend bahan yang bertanda * dan kemudian barulah perahkan lemon , dimasukkan gula dan garam

Salad
2 biji tomato
1 biji timun
sedikit lemon
sedikit garam dan gula
sedikit minyak zaitun

1. timun dan tomato dipoptong dadu dan ketepikan.
2. lemon, minyak zaitun, gula dan garam disekalikan dan dipukul sekata then taburkan di atas salad yang telah dipotong td.

akhirnyaa.. taraaaaa... masak dlm 40-60 minit rasanya sbb nk tunggu nasi masak.. beras plak nk kena rendam 20 minit... 
wafiy pun suka makan nasi begitu aje... ayat dia.. dap2.. ummi acak.... suke aku... 

sekotak nasi kabsah boleh makan smpai sahur...

taraaa... nyum2.. 2 peha untuk berbuka.. 1 lg simpan tuk sahur...

ada juga kek pisang baki dr pisang yang dibekalkan oleh ibu mertuaku.... 

Tp lepas ni boleh beli rempah nasi arab kat kedai yang jual mknn arab ni.. x susah pun nk kat bangi ni.. kat seksyen 7 banyak kedainya...

kredit kepada http://baca-blogspot.blogspot.com/ sbb aku modify dr hasil resepi dia juga.. resepi aku adalah hibrid resepi dia, resepi dr kotak dan resepi aku sendiri..

Wafiy suke berangan2 dan berekperimen.. huhu

Posted by Faridatul at 11:43 AM 0 comments
wafiy oh wafiy..

bila aja aku dpt mesej facebbok dari penyelia taska a.k.a mama susuan wafiy ni.. ni mesti ada cerita pasal wafiy kat taska... aduyai... setiap kata2 yang akan appear kat komputer ku macam menunggu sesuatu yang teramat berat..

wafiy seorang anak yang bijak.. tak dinafikan.. huhu.. ye lah mak mana yang tak nak puji anaknya sendiri.. suka bertanya, suke menolong membuat kerja rumah, apa yang dibelajar di taska akan direpeat di rumah.. aku bersyukur sbb taska yang aku pilih ini bagus dari aktiviti yang membina fizikal, keyakinan diri dan mental..

wafiy juga seorang yang berkeyakinan tinggi cuma dia lebih berhati2.. dia agak gayat orangnya jadi kalau tempat yang tinggi dan berlubang sebelum dia jalan dia akan pastikan orang lain jalan dulu then kalau takde masalah then baru dia dgn konfident nya jalan... huhuhu.. itu la ciri anak ku sorang ni.. adik dia waiz lain plak.. ok.. bab waiz nnt citer...

Tapi semalam bila penyelia taska megadu wafiy buat kawan aku tanya kaedah macamana dia buat tu.. di bawah adalah mesej dr penyelia...

 "Salam fari... Sibuk? Maaf la nak report lg. Td wafiy buat budakA dgn kerusi. Dia buat kerusi tu jatuh atas budakA. Huhuhu....." 

 then aku tanya macamana plak kerusi tu boleh jatuh atas dia.. jawapan penyelia...
"Mula2 dia main kerusi tu. Pastu kerusi tu jatuh kat dia. Then dia experimen kat budakA lak."

 aik... anak aku angkat kerusi macam gaduh ke.. terkejut gak mulanya then bila tanya betul2 macamana dia buat kerusi jatuh tu ni jawpan penyelia taska...
"Dia tak angkat. Cuma tarik penyandar tu bg jatuh kat budakA. Agaknya dia nak tgk mcmn ketusi tu blh jatuh atas dia mula2."

nasib baik la kerusi budak2 yang kecik tu dan kerusi plastik. budakA tu pun tak nagis.. kesian ngan budak A tu sbb setiap kali wafiy sampai ke taska mesti disambut dengan gembiranya oleh budak A ni.. tapi apa tah hangin wafiy ni dengan budak A.. ekadang ok kekadang camni la... tp biasalah budak kan....

Tapi wafiy ni memang jenis yang suke bua ekperimen.. kalau dia sendiri jatuh kat rumah dari sofa dia akan buat semula then kekadang saja jek cari port lain tuk jatuh.. ntah la apa yang dibayangnya.. agaknya tgh buat ekperimen yang mana sakit lagi kot.. hahaha.. ntah la..

Tapi balik petang smlm aku bebel2 dia tau plak aku marah dia dan dia pun diam dr hari kebiasannya rancak.. dia cuba alihkan aku dr topik tersebuh dah siap sebut "da.. dah".. amboiiii... bila abi suh minta maaf diambilnya tangan untuk minta maaf.. tp tu la.. esok lusa wat lagi...

Teringat plak kata2 mak aku kat aku dulu2.. "Hari ni minta maaf esok wat lagi... huhuhu" ok la minta maaf kalau esok buat lagi esok plak minta maaf.. takde la dosa bertimbun.. hahahaha

topik ni aku buat diskusi di wall fbku.. banyak info yang menarik yang diperolehi.. jadi kajian kes plak anak aku ni... hahaha...

Ilmu 1...
ini adalah jawapan dr nur huda berkaitan umur wafiy 2 tahun setengah...
OK. dr aspek pkembgn kognitif 2thn, mereka dikatakan 'centered',belum mampu bfikir logik. masa ni pkembgn fizikal pun dah bnyk bkembg baik (bjalan, lari, mcapai). kak,dlm pkembgn emOsi pula, waktU ni wafiy berada dlm stage AtoNOMi vs Ragu ragu. jd dia cenderung uTk test pgerakan fizikal via Trial&Error. waktu ni mula show their atonomi dgn bebas mahu buat tugas seperti org dewasa even tugas yg tdk sesuai dgn kemampuan

Perlu diingat juga bhw wafiy skrg sudah menjadi 'abg'. Sy suka pd pendekatan prof rozieta supaya memberikan tugas yg mampu mendidiknya sifat tangunggawab sesuai dgn kemampuan diusianya. Cth: masuk baju dlm bakul, sama2 ibu tlg angkat kain, tutup pintu, buang sampah ke dlm tong. Ini sy attachkan senarai task yg appropriate mengikut usia.Moga membantu ya


Sy suka juga berkongsi secara teorinya mengenai jgn biasakan ditegah atau mention NO, JANGANpd usia aktif begini. Kita sbg dewasa yg perlu sediakan alternatif selamat bg gantikan aktiviti yg kita larang. Cth: kita larang anak main pisau di dapur, but don't mention 'No, nanti luka'! Y not kita ganti guna alternatif lain seperti guna pisau mainan potong gulungan daun PLUS beri reason yg KONKRIT secara kasih syg. CTH lain: dia nak bw air sendiri, kita risau takot tumpah pecah. JIKA kita terus menegah dgn 'no, nanti tumpah', makanya kita telah membina persepsi awal negatif dlm MINDA BWH SEDAR (unconscious mind) mereka. Confirm mesti air tu tumpah. Y not kita replace dgn cwn plastik then let him independently bring the water sambil beri motivasi positif 'hati hati sayang'.


dan Ilmu 2..
kredit to suri berkongsi link ini..
" Characteristics of Two (and a half) Year Old Behavior"

aku suka ayat dia ni..
" Louise Bates Ames also discusses this theory of child development in her book Your Two-Year-Old: Terrible or Tender. Disequilibrium is the half year period before a child’s birthday, (in this instance from 2 1/2 until 3 years old) where children are confused, emotional, temperamental and may have difficulty completing tasks that they previously have easily accomplished. They then move into phases of equilibrium where they seem to have “got it all together”.


Tuesday, July 1, 2014

Kepanasan di rumah nenek

Posted by Faridatul at 1:16 PM 0 comments
Ketiadaan elektrik di rumah nenek dr pagi hingga jam 11 mlm menyebabkan kami kepanasan termasuk la waiz.. tak mau tidur dan akhirnya mengamuk di mlm hari.. Hampir2 nak tidur dalam keta sbb kepnasan... huhuhu


tetapi di siang hari ummi la terpaksa mengipas waiz.. manakala abg wafiy di kelola oleh abi.. huhuhu


Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea