Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 9, 2014

Nasi Arab Kabsya homemade

Posted by Faridatul at 12:28 PM
Ahad lepas 6 julai aku buat nasi Arab kabsya.. selama ini aku ingatkan nasi arab ni sama mcm nasi beriani pakai susu dan sebagainya.. tp sebenanrnya ianya adala healthy food sbb yang dipakai pun minyak zaitun... i like... cuma jangan la dh sedap tu makan byk.. tu dh jadi tak sihat..

Sebenarnya aku beli nasi arab homemade al bayt .. Rm15 sekotak dan ada 4 jenis.. aku beli 4 kotak tapi 3 jenis sahaja.. iaitu nasi kabsah, nasi maqluba dan nasi mandy kambing... Nasi maqluba beli 2 kononnya nk bawa balik chini masa beli tu tp masa nk balik kampung pk2 x jadi la sbb tak sempat nk masak.. so tangguh la dulu dr bawa balik kampung....

ni la dia nasi arab al bayt.. rm15 sekotak

So nasi arab kabsah ni la nasi arab pertama yang aku buat.. tak susah mana pun.. sebab salad dan sosnya dh pernah buat... cuma tak tau camne nak buat nasi jek.. dalam setiap kotak dh disediakan rempah tumis, rempah nasi dan beras basmati..cuma yang lain2 tu kena provide sendiri.. Nasi kabsah yang aku buat ni pun aku modify jugak dr resepi asal yang ada pada pek kotak tersebut... hehehe.. tp yang best suami ku makan 3 pinggan menunjukkan sedap bebeno la.. aku makan sepinggan aje sbb rempah dalam nasi tu membuatkan aku rasa kenyang... lagipun baru buka posa..

ok.. aku sertakan sekali resepi yang aku buat.. yang telah aku modify dr resepi asal... tapi kalau nk guna resepi asal apa salahnya.. kawan2 aku yang sebiji guna resepi asal kata sedappp.. huhuh.. cuma takde sup aje lah dlm resepi nasi kabsah ni... 

Bahan-bahan..

Bahan-bahan untuk sup, Ayam Kabsa dan Nasi Arab

3 bahagian 1/4 ayam (bahagian peha)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 in halia 
2 1/2 sudu rempah kabsah (dlm pek kotak dh disediakan)
4 sudu makan sos tomato
beras Basmathi (dlm pek kotak dh disediakan)
minyak zaitun
rempah tumis (dlm pek kotak dh disediakan)
sedikit saffron


Cara membuat Ayam Kabsa
1. Air dalam 1 liter  dipanaskan dalam periuk.
2. Mesin bawang, bawang putih dan halia dan dibahagi kepada 3 bhgn : Untuk masak nasi, sup ayam dan masak Ayam Kabsa.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan 1/3 bahan mesin dan 1/2 sudu rempah kabsa.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas 15 minit angkat ayam dan ketepikan air rebusan untuk dijadikan sup.
6. Lumurkan ayam dgn 1/3 bahan mesin, 1 sudu rempah kabsa, dan garam. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit, suhu 180 C dalam aluminium foil.

Cara Memasak Nasi Arab
1. Beras direndam 20 minit.
2. Tumiskan rempah tumis kabsah.
3. masukan 1/3 bahan mesin dan sos tomato dan tumiskan hingga wangi.
4. masukkan 2 cawan stok ayam dan 2 cawan air biasa, biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masukkan juga saffron. Masak seperti biasa.
6. Bila air agak kering, taburkan minyak zaitun di atasnya dan kais perlahan2 bagi menglakkan nasi patah.

Sup ayam
1. panaskan baki stok ayam tadi
2. tambah 2 cawan air
2. campurkan garam 
3. masa hendak dihidangkan masukkan  daun ketumbar

Salsa Tomato
2 biji tomato *
10 biji cili padi * 
sedikit daun ketumbar * 
1/2 biji lemon diperah airnya
garam dan gula
Blend bahan yang bertanda * dan kemudian barulah perahkan lemon , dimasukkan gula dan garam

Salad
2 biji tomato
1 biji timun
sedikit lemon
sedikit garam dan gula
sedikit minyak zaitun

1. timun dan tomato dipoptong dadu dan ketepikan.
2. lemon, minyak zaitun, gula dan garam disekalikan dan dipukul sekata then taburkan di atas salad yang telah dipotong td.

akhirnyaa.. taraaaaa... masak dlm 40-60 minit rasanya sbb nk tunggu nasi masak.. beras plak nk kena rendam 20 minit... 
wafiy pun suka makan nasi begitu aje... ayat dia.. dap2.. ummi acak.... suke aku... 

sekotak nasi kabsah boleh makan smpai sahur...

taraaa... nyum2.. 2 peha untuk berbuka.. 1 lg simpan tuk sahur...

ada juga kek pisang baki dr pisang yang dibekalkan oleh ibu mertuaku.... 

Tp lepas ni boleh beli rempah nasi arab kat kedai yang jual mknn arab ni.. x susah pun nk kat bangi ni.. kat seksyen 7 banyak kedainya...

kredit kepada http://baca-blogspot.blogspot.com/ sbb aku modify dr hasil resepi dia juga.. resepi aku adalah hibrid resepi dia, resepi dr kotak dan resepi aku sendiri..

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea