Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 10, 2014

Spagetti cabonara

Posted by Faridatul at 4:43 PM
Isnin lepas makan spagetti cabonara tuk berbuka puasa.. Wafiy selera sungguh maklum la ala2 mee gtu... kuah  pun x pedas.. Bila cerita ngan kawan2 seopis ada plak yang request  nak resepi kuah cabonara.. Padahal dh bg.. so senang aku catit aje dlm blog ni.. sebelum taip ni cari2 gak rupanya takde.. sabau jelah...

** PERINGATAN.. bagi yang ada anak kecil tu jangan la dibubuh lada hitam terlebih dahulu tak sesuai tuk mereka... so aku skrg ni jenis masak lum sum then kalau nk buh lada hitam aku masukkan kemudian atas pinggan sendiri nnt serta hirisan cili api.. tekak melayu la katakan... hahahaha

Bahan-bahan

1/2 bungkus spaghetti (tak kesah la nk jenis apa pun)
1/4 butter 250g
1 bahagian dada ayam dipotong kecil
6 bawang putih (cincang)
1 bawang merah (cincang)
seplastik mushroom butang (dihiris)
1 kotak susu dutch lady full cream
Sedikit oregano
2 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
lada hitam
3 slice cheedar cheese (saje nk bg lagi cream)
2 cawan air (bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.. aku nk buat stok so guna 2 cawan jek, masa nk mkn nanti baru tambah air)
parmesan cheese

Cara-cara memasak 

Spagetti

1. Masak air sehingga mendidih. Pastikan paras air sesuai dengan kuantiti dan saiz spagetti
2. Masuk spaghetti, 2 sudu garam dan  rebus sehingga al-dente.
3. Toskan dan asingkan.
4. Gaulkan speggetti bersama minyak zaitun supaya tidak melekat.

Kuah Carbonara

1. Masukkan sedikit minyak untuk menggoreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan
2. Periuk yang sama masukkan butter ke dalam kuali sehingga cair.
3. tumiskan bawang putih dan merah. Masukkan tepung gandum  dan kacau cepat. Pasikan tepung tidak berketul.
4. Masukkan susu full cream, mushroom, kiub ayam dan air. Pastikan api sederhana.
5. Masukkan cheddar cheesse, garam, oregano dan lada hitam
6. Setelah mendidih tutup api.



** sukatan kuah cabonara diatas adalah untuk buat stok seperti sos cabonara dalam tin tu.. so setelah diasingkan dalam bekas yang hendak disimpan barulah aku menambah air masak lain plak... yang nak disimpan,  disejukkan dahulu dan masukkan dalam freezer.. yang nk makan tu, buka semula api dan panaskan sos tadi.. Tambah 2 cawan air mengikut kepekatan yang disukai. Tambah garam dan masukkan ayam ke dalam sos.. siap.. Tuangkan sos ke atas spagetti dan tabuskan cheese parmesan... ready to eat... :-)

Cara memasak sos cabonara yang di sejukkan
1. keluarkan sejam sebelum hendak makan dr freezer
2. Masukkan bahan ke dalam periuk dan tambah air mengikut kepekatan yang disukai
3. Masukkan seafood (kalau ayam dan daging kena la goreng dahulu)
4. setelah mendidih ready tuk makan bersama roti, atau pasta... nyum2

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea