Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

Resepi salad bersama - potato chiken ball with date

Posted by Faridatul at 12:25 PM 2 comments
Takde idea nak masak.. So malam rabu lepas aku masak salad yang telah dibantu sama oleh suamiku.. hehehe.. rupanya adalah seperti gambar dibawah...

Resepi ni adalah resepi bersama.. masa time makan tu.. jenuh nk pk nk bg nama apa tuk resepi ni sebab lainnya salad ni dicampurkan ngan kurma. Kurma yang dimasukkan tu yang menyebabkan kelainan rasa pada salad kali ni.. sedap dari biasa.. try la sape2 yang nak mencuba.. elok juga diberikan pada anak-anak..

Ini la nama salad seperti yang telah dipersetujui oleh aku dan en abang... --> potato chiken ball with date... huhhuhu...





Bahan-bahannya
10 biji bebola ayamas yang telah digoreng
sebiji kentang yang telah direbus setelah buang kulitnya - dipotong dadu yang bersaiz sederhana
sebiji tomato - dipotong 6
sebiji capsikum hijau - dipotong dadu agak sederhana
sebatang kecil karot (direndam seketika bersama air panas) - dipotong memajang
Sebiji bawang merah (bawang besar) dipotong hiris
5 biji kurma yang dibuang bijik dan dicarik2kan
sedikit garam
sedikit lada hitam - ikut kesukaan
2 sudu mkn minyak zaiton
1 sudu mkn mayonis

Cara mencampurkannya
Masukkan kesemuanya sekali.. gaul sehingga minyak zaiton dan mayonis berserta garam dan lada hitam hingga sebati dengan bahan-bahan tadi.. setelah itu.. siap untuk di jamukan dalam piring... nyum2...

Thursday, June 10, 2010

Terima kasih atas memahami diriku ini...

Posted by Faridatul at 11:45 PM 2 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. sepanjang minggu lepas aku dalam keadaan tak berapa sihat, tak boleh aktif seperti biasa.. masa ini la pertolongan suami amat2 diperlukan. Dan di ketika ini la kita akan lihat betapa sayangnya suami pada isterinya.. :-)

Pada setiap musibah, ada hikmah disebalik kejadian. Walaupun ujian yang sama telah aku tempuh dalam waktu terdekat ni, aku pasrah. Memang la tak dinafikan manusia tetap akan bersedih dan berduka cita tetapi tidak la lama. Cumanya kekadang tu tetiba duka tu kembali pabila duk keseorangan di rumah ketika suami bekerja..masa ni la pun hasutan syaitan menjelma..

Tak dinafikan disepanjang perkahwinanku ni, suamiku banyak membantu dalam hal2 rumah tangga. Maklum la sama-sama bekerja. Kekadang dia outstation begitu juga aku.. kekadang aku kelas sampai 11 malam. Jadi menjadi kepentingan toleransi itu perlu dalam sesebuah keluarga. Kalu aku basuh kain, dia sidai kain. Kalu aku masak, dia basuh pinggan.. tapi dalam keadaan aku yang sakit.. aku tak mampu membuat pekerjaan yang biasa yang aku lakukan. Semua dia yang buat..tapi biasa la tak secermat dan sekemas orang pompuan buat la.. hehehe

Sedih dan pilu juga bile kepulangannya, aku tak mampu menghidangkan makanan. Dalam keadaan lapar segera dia ke dapur menyediakan makanan untuk dirinya dan diriku... nak ku bantu sama dilarangnya.. suh rehat jek.. Alhamdulillah.. "Ya Allah terima kasih kerana suami yang telah KAU jodohkan buatku ini memahami sikapku dan amat menenangkan ku.. Ya Allah, walaupun ujian ini amat berat untuk ku terima tapi aku tetap bersyukur kerana ketika ini lah kasih sayang keluarga lebih erat dan lebih memahami antara satu sama lain..Semoga jodoh ini terus bahagia hingga akhir hayat dan bertemu di syurga nanti..Aminnn"

###****************************************###

Sempat gak aku snap gambo ketika dia tgh masak.. apa saja dia masak, aku mkn jek..jgn byk cerewet... :-)

Lepas siap masak, di angkutnya pula komputer ke ruang tamu. Komputer ni sepatutnya kat bilik tapi dibawa keluar untuk aku tidak rasa keseorangan... laptop mlm sebelumnya tetiba hdd crash.. so terpaksa la guna komputer..


Masalahnya, komputer ni takde wireless software sbb aku pakai external wireless drive.. so tarikla sume streamyx wayar dr bilik ke depan sbb nk pakai wire nk connect ngan internet nk download software tu... bersepah depan dibuatnya ngan wayar2 ni...

Alhamdulillah..akhirnya komputer ni dah leh access internet.. byk gak ujiannya.. network card tetiba rosak plak terpaksa curi dari sistem unit yang lain.. huhuhu.. komputer ni bio jek kat sini sementara laptop dapat dibaiki.. huhu

Monday, June 7, 2010

Cheese Fruit Salad "VS" Pure Black Coffee n' Black Pepper French Toast

Posted by Faridatul at 10:04 PM 2 comments
Ini la makanan malam aku. Lepas jek solat magrib terus kami mkn malam. Sekarang ni kalu boleh nak amalkan makan sebelum jam 7 tapi sukar sebab selalunya en abang akan balik selepas jam 7. So paling lewat pun sebelum jam 8 malam.

Sian kat hubby aku, dalam seminggu ni dia la basuh pinggan, dia la basuh baju dan dia la masak. Aku masih berpantang.. Hari ni dia balik dalam kepenatan.. aku plak malas nk kuar beli mknan.. so buat jelah apa yang ade dalam peti.. Dalam 15 minit kemudian ini la hasilnya.. cheese fruit salad, kopi o dan french toast.. hu hu hu..

Makan malam dah tersedia... Ittadakimas.. :-)




Bahan2 nak buat cheese fruit salad:
1 biji epal merah
1 biji epal hijau
1 batang karot yang bersaiz kecil ( kalu tak suke mentah..rendam seketika ngan air panas)
1 biji tomato dipotong 6 ke.. 7 ke.. ikut suka ati
segengam baby tomato (kawan beli dr cameron)
sebiji telur rebus (dari kenduri kawen hezza semalam)
sekeping keju cheedar
2 sudu makan mayonis
sedikit garam
sedikit minyak zaiton
sedikit lada hitam( khas tuk orang berpantang. hu hu hu)

Cara-caranya :
potong epal, karot, tomato, dan telur mengikut saiz yang disukai
pecah2kan keju cheedar
masukkan mayonis
masukkan garam dan minyak zaiton
akhir sekali taburkan lada hitam ikut citarasa
kacau hingga sekata.. kemudian bacalah bismillah dan terus ngap masuk mulut.. hu hu hu

Sunday, June 6, 2010

Jengjalan ngan anak sedara

Posted by Faridatul at 9:43 PM 0 comments
Sepanjang sebulan ni mak aku jadi baby sitter tuk 3 orang anak kakak aku iaitu saiful, amir dan asma. Diorng ni d biasa kalu kakak aku terpaksa menghadiri kursus jqaf nya kat rumah mak aku la diletakkan anak-anaknya. Ni kali terakhir kot yong anto anak dua sebab ni kali terakhir kursus jqafnya.. insyaAllah lepas ni sah la jadi cikgu..mudah-mudahan...


saiful dan amir boleh la aku bawak jengjalan tapi tidak asma. Asma kecik lagi.. tak sanggup aku nk dukung sebab aku tak berapa sihat dan kuat lagi.

En abang dan amir... nagis nak dapatkan belon.. huhuhu

Saiful boleh plak tersesat kat kedai hari-hari ni.. nasib baik tak ilang anak orang ni.. huhuhu

Bawak diorng g mkn kfc.. sebenarnya nak main kat sini ade gelongsor ..

Tukar pamper saiful tapi dua orang bibik ni malas nk g toilet..so tukar kat tepi meja...sian plak aku tgk saiful terima jek sahaja apa yang dilakukan keatasnya.. hu hu hu

ada tak ciri-ciri bapak mithali.. :-)

ni la yang diorng sonok sgt kat sini.. main papan gelongsor..

Tahniah Zaki& mimi, Heeza & suami

Posted by Faridatul at 8:48 PM 0 comments
Hari ni aku dan suami makan free.. ade dua kenduri di bangi dan selayang. Setelah g makan kenduri di kenduri zaki aku terus ke kenduri heeza..

Malangnya aku tak bawa alamat rumah heeza. Telefon Mala tapi tak berangkat.. last2 aku tpon wawa. Alhamdulillah wawa di rumah mak di selayang. Bergantung pada info wawala akhirnya dapat aku datang juga ke kenduri heeza. Sume kawan2 lama ku dah balik sebab masa tu pun dah jam 3 lebih. Tapi masa balik tu sempat la jumpa aris. Lain dah rupanya. Ingatkan tak ingat aku..nasib baik dia kenal aku sebb aku tegur dia dulu.. kalo tak malu jek nnt...huhuhu

suha (pengapit pengantin lelaki), zaki dan mimi

di kenduri heeza.. diapit oleh ku dan en abang

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pengantin baru buat zaki dan heeza. Semoga bahagia hingga akhir hayat dan dipermudahkan segara urursan dan semoga mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah... aminnnn

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea