Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 10, 2010

Terima kasih atas memahami diriku ini...

Posted by Faridatul at 11:45 PM
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. sepanjang minggu lepas aku dalam keadaan tak berapa sihat, tak boleh aktif seperti biasa.. masa ini la pertolongan suami amat2 diperlukan. Dan di ketika ini la kita akan lihat betapa sayangnya suami pada isterinya.. :-)

Pada setiap musibah, ada hikmah disebalik kejadian. Walaupun ujian yang sama telah aku tempuh dalam waktu terdekat ni, aku pasrah. Memang la tak dinafikan manusia tetap akan bersedih dan berduka cita tetapi tidak la lama. Cumanya kekadang tu tetiba duka tu kembali pabila duk keseorangan di rumah ketika suami bekerja..masa ni la pun hasutan syaitan menjelma..

Tak dinafikan disepanjang perkahwinanku ni, suamiku banyak membantu dalam hal2 rumah tangga. Maklum la sama-sama bekerja. Kekadang dia outstation begitu juga aku.. kekadang aku kelas sampai 11 malam. Jadi menjadi kepentingan toleransi itu perlu dalam sesebuah keluarga. Kalu aku basuh kain, dia sidai kain. Kalu aku masak, dia basuh pinggan.. tapi dalam keadaan aku yang sakit.. aku tak mampu membuat pekerjaan yang biasa yang aku lakukan. Semua dia yang buat..tapi biasa la tak secermat dan sekemas orang pompuan buat la.. hehehe

Sedih dan pilu juga bile kepulangannya, aku tak mampu menghidangkan makanan. Dalam keadaan lapar segera dia ke dapur menyediakan makanan untuk dirinya dan diriku... nak ku bantu sama dilarangnya.. suh rehat jek.. Alhamdulillah.. "Ya Allah terima kasih kerana suami yang telah KAU jodohkan buatku ini memahami sikapku dan amat menenangkan ku.. Ya Allah, walaupun ujian ini amat berat untuk ku terima tapi aku tetap bersyukur kerana ketika ini lah kasih sayang keluarga lebih erat dan lebih memahami antara satu sama lain..Semoga jodoh ini terus bahagia hingga akhir hayat dan bertemu di syurga nanti..Aminnn"

###****************************************###

Sempat gak aku snap gambo ketika dia tgh masak.. apa saja dia masak, aku mkn jek..jgn byk cerewet... :-)

Lepas siap masak, di angkutnya pula komputer ke ruang tamu. Komputer ni sepatutnya kat bilik tapi dibawa keluar untuk aku tidak rasa keseorangan... laptop mlm sebelumnya tetiba hdd crash.. so terpaksa la guna komputer..


Masalahnya, komputer ni takde wireless software sbb aku pakai external wireless drive.. so tarikla sume streamyx wayar dr bilik ke depan sbb nk pakai wire nk connect ngan internet nk download software tu... bersepah depan dibuatnya ngan wayar2 ni...

Alhamdulillah..akhirnya komputer ni dah leh access internet.. byk gak ujiannya.. network card tetiba rosak plak terpaksa curi dari sistem unit yang lain.. huhuhu.. komputer ni bio jek kat sini sementara laptop dapat dibaiki.. huhu

2 comments:

Xara said...

cik puan fari, banyak benda bole masak dengan simple dan sesuai untuk orang malas.. (macam saya).

Syaa gunakan aluminium foil je.
bole masukkan ikan, sayur dan perencah (boleh buat sendiri atau beli yg siap), pastu lipat elok2 campak atas kuali. guna oven pun bole.

semalam masak potato wedges dalam aluminium foil pun ok je.. bole try mcm2 cara.

Faridatul said...

amboiii... masak potato wedges pun dlm foil.. jimat minyak sungguh..

hehehehe... boleh cuba ni.. pastu campak jek dlm oven kan.. :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea