Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2004


Bantuan Mangsa Ombak Tsunami

Posted by Faridatul at 11:57 PM 0 comments

bantuan mangsa ombak tsunami
ombak, originally uploaded by farida_ain.

Marilah kita bersama-sama menghulur bantuan untuk mangsa-mangsa ombak tsunami.

"Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang berdiri di atas mimbar. Baginda memperkatakan mengenai sedekah dan menjaga diri dari meminta-minta. Baginda bersabda: Tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah. Tangan yang berada di atas adalah yang memberi manakala yang berada di bawah adalah tangan yang memintÃ."
(Riwayat Muslim, Hadis 1715)

Wednesday, December 29, 2004


Pastikan sumber derma untuk mangsa Tsunami halal

Posted by Faridatul at 8:22 PM 0 comments

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Pihak penganjur yang menganjurkan sebarang tabung bantuan kepada mangsa Tsunami diminta supaya lebih berhati-hati dalam menguruskan derma-derma tersebut supaya tidak berlaku percampuran antara sumber halal dan tidak halal.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata kebanyakkan daripada mangsa ombak besar di Malaysia terdiri daripada umat Islam dan adalah tidak wajar sekiranya bantuan yang disalurkan daripada sumber tidak halal digunakan untuk pendidikan anak-anak, makanan, pakaian dan peribadatan kepada Allah.

Semalam, akhbar utama negara ini melaporkan sebuah syarikat perjudian, Genting Berhad turut menyalurkan bantuan kepada Tabung Tsunami anjuran New Straits Times Press (NSTP), Berita Harian (BH), 8TV, dan TV3.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong pandangan pelbagai pihak supaya pesta tahun baru pada malam 1 Januari dibatalkan di seluruh negara kerana tidak wajar sebahagian yang lain berpesta, di saat sebahagian lagi bersedih.

Beliau turut mencadangkan malam tahun baru akan tiba nanti diadakan majlis doa selamat, tahlil dan solat hajat di seluruh negara untuk memohon kepada Allah agar negara ini selamat daripada bencana pada masa hadapan.

harakahdaily.net


Paksi bumi bergegar, pulau beralih, peta Asia berubah

Posted by Faridatul at 7:37 PM 0 comments


LOS ANGELES 28 Dis. - Gempa bumi yang mencetuskan ombak besar di Asia kelmarin begitu kuat hingga menyebabkan bumi bergegar pada paksinya dan peta rantau terbabit berubah secara kekal.

Gegaran 9.0 pada skala Richter yang berlaku di kawasan seluas 250 kilometer ke barat daya Sumatera kelmarin mungkin telah menyebabkan pulau-pulau kecil beralih sehingga 20 meter, menurut ahli geofizik Amerika Syarikat (AS).

``Gempa bumi ini telah menyebabkan peta berubah,'' kata pakar Pusat Kajian Geologi AS (USGS), Ken Hudnut kepada AFP.

``Berdasarkan model seismik, sesetengah pulau-pulau kecil dekat barat daya Sumatera mungkin telah bergerak kira-kira 20 meter ke barat daya. Itu anjakan besar.''

Hujung sebelah barat laut Sumatera mungkin juga telah berganjak kira-kira 36 meter ke barat daya, kata Hudnut.

Selain itu, tenaga yang dilepaskan apabila kedua-dua gelinciran di bawah dasar laut bergesel dengan satu sama lain menyebabkan bumi bergegar pada paksinya, tambah beliau.

``Kami dapat mengesan pergerakan bumi yang sangat sedikit. Saya mengandaikan bumi bergegar pada paksinya apabila gempa bumi itu berlaku disebabkan pelepasan tenaga yang sangat banyak dan pergerakan jisim yang mendadak,'' jelas Hudnut.

Seorang lagi ahli geofizik USGS bersetuju dengan pandangan itu dengan berkata, bumi bergoncang sedikit dan pulau-pulau dekat Sumatera beralih disebabkan gempa bumi tersebut.

Bagaimanapun Stuart Sipkin dari Pusat Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan di Golden, Colorado berkata, kemungkinannya kebanyakan pulau-pulau dekat Sumatera mengalami pergerakan ke atas daripada pergerakan ke sisi. - AFP

Utusan.com


Sumbangan lagi untuk mangsa bencana 'tsunami'

Posted by Faridatul at 1:19 PM 0 comments

Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke tempat letak kereta .. bersebelahan Dataran Maybank, Bangsar antara jam 4:00 ptg hingga 6:30 ptg hari Jumaat 31/12/2004.

Organiser event ini ialah pasukan 4X4 yang akan menghantar pakaian yg didermakan ke Kuala Muda, Kedah pada malam itu juga. Ini ialah trip ke 2 mereka.


Tragedi Tsunami: Perkemaskan sistem amaran bencana negara

Posted by Faridatul at 1:33 AM 0 comments


tsunami_nasha, originally uploaded by farida_ain.
MENZIARAHI MANGSA TSUNAMI...Setiausaha Agung PAS, Nasharudin Mat Isa bersama Pengarah Bilik Gerakan Bantuan Tsunami Kedah, Mahfuz Omar melawat salah satu pusat perpindahan mangsa Tsunami di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah semalam (Isnin). Selain mendengar rintihan, sedikit bantuan awal juga diberikan kepada mangsa.
Foto Md Nasir Sudin

PULAU PINANG, 27 Dis (Hrkh) - "Gempa bumi di Sumatera berlaku kira-kira pukul 9.00 pagi, India sejam kemudian manakala Malaysia sekitar jam 1.15 tengahari. Jika kita mempunyai sistem amaran yang sempurna, kenapa tidak diberikan amaran kepada orang ramai agar lari dari pantai."

Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya 60 nyawa manakala lebih 180 cedera teruk akibat ambak besar Tsunami yang melanda pantai utara Malaysia Ahad lepas.

AJK PAS Pusat, Mahfuz Omar pula berkata, "Kejadian gempa bumi yang berlaku di utara Sumatera itu harus dijadikan iktibar oleh Kerajaan Malaysia selain bersiap sedia dengan perbagai usaha seperti penubuhan bilik gerakan."

Harakahdaily.net


Korban cecah 23,000 hasil kesan TSUNAMI

Posted by Faridatul at 1:18 AM 0 comments


mh_01_big, originally uploaded by farida_ain.

IMEJ televisyen menunjukkan mayat kanak-kanak Acheh yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda utara Sumatera kelmarin. - Gambar AFP.


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Jumlah korban ombak besar `tsunami' yang melanda selatan dan tenggara Asia akibat gempa bumi di utara Sumatera semalam meningkat kepada lebih 23,000 orang hari ini, termasuk lebih separuh daripadanya di Sri Lanka.

Orang ramai pula diarah berwaspada kerana kejadian alun besar dijangka melanda utara Semenanjung Malaysia lagi dalam tempoh tiga hari ini, ekoran beberapa gegaran baru mungkin berlaku.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia meramalkan beberapa gegaran susulan itu boleh mengakibatkan ombak besar serta mengancam lagi penduduk pesisiran pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Selain Sri Lanka, jumlah kematian tersebut meliputi korban di Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Kepulauan Maldives, Myanmar dan Bangladesh serta sebuah negara di pantai timur Afrika, Somalia.

Di Malaysia sahaja, 59 orang disahkan maut setakat hari ini manakala 18 lagi masih hilang. Sebanyak 44 orang disahkan terkorban di Pulau Pinang, Kedah (10), Perak (4) dan Selangor (seorang).

Bagaimanapun katanya, ombak besar itu dijangka tidak sehebat kejadian semalam tetapi langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Utusan.com


Bencana Dari Ombak Tsunami

Posted by Faridatul at 1:16 AM 0 comments


mh_02_big, originally uploaded by farida_ain.

NAJIB Tun Razak diberi taklimat semasa meninjau di muara Kuala Cenang yang menempatkan bot-bot serta sampan nelayan tradisional yang musnah akibat ombak besar di Langkawi, semalam.

BUTTERWORTH 27 Dis. - Kerajaan mengesahkan seramai 59 orang terkorban manakala 18 lagi hilang dalam kejadian ombak besar atau `tsunami' yang melanda perairan pantai barat beberapa negeri di negara ini semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah kematian itu membabitkan 44 mangsa di Pulau Pinang, Kedah (10), Perak (empat) dan seorang di Sungai Besar, Selangor.

Menurutnya, sejumlah 218 orang lagi turut dilaporkan cedera dalam kejadian yang berpunca dari gegaran akibat gempa bumi di bahagian barat Sumatera tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, sebahagian besar daripada mangsa yang cedera sudah keluar daripada hospital manakala selebihnya iaitu 28 orang masih mendapat rawatan.

Utusan.com

Sunday, September 5, 2004


:: 5 September 2004, Ahad ::

Posted by Faridatul at 10:00 PM 0 comments
haa..sebenarnya weblog ni baru la di cipta ari ni. Sebenarnya, ari ni kononnya nak wat keje sekolah. Banyak yang hendak di buat. Esok nak bagi penyelia tengok. Tapi ari ni out of the plan la...

Ari ni aku mencipta web log dan macam2 lagi. Konon nak release tension g pkns. g makan2 tapi tak sangka dr kul 2 smpai kul 5 duk situ. Ponpuan kalu dh kat tmpat shoping tu mula lah dok membeli. Tapi nasib baik tak de duit. So, terbatas gak la aku nak membina walaupun terkilan ade barang comel2 yang murah.


:: 4 September 2004, Sabtu ::

Posted by Faridatul at 9:51 PM 0 comments
Hari ni aku betul2 jungle traking..ops..silap road traking. dari pagi smpai ke mlm aku on the road bersama teman semoto ku. dari bangi aku membonceng hingga ke kuala selangor. Saje je konon nak g ziarah. Tapi sebenarnya nak g amik kopok leko yang aku tempah kat depa sebab diorg g terengganu.

Semenjak aku berkenalan ngan kak ha, roomate aku dulu masa first year di kolej ungku omar, ukm, aku betul2 gilakan kopok leko. Patut la diorang tak suka makan kopok leko kl ni. Ikan nya tak rasa.

Adik ipar aku ni umah nye betul2 bawah Bukit Melawati. So...kami saje2 amik kesempatan ni naik trem ke Bukit tu. Kalu dewasa kena bayar rm2.

Petangnya mak aku tpon tanya bila nak balik. Maklum la anak dara lagi. hehehe...takut apa2 berlaku sush plak. Adik ipar aku larang tapi konon aku esoknya dh plan nk wat apa so kena balik gak. On the way nak balik tu...aduhhshhhh...sakit nye kaki.

Masa tang trafik light kat ijok lagi aku mohon warna merah. Suh berhenti jap. Bagi aku tegangkan kaki. Sakit nye. Ari ni betul2 buat aku sakit kaki.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea