Aku begitu sedih sekali semenjak kehilangannya. Dia membuatkan aku termanggu-manggu dan ternanti-nanti akan apa yang memanggil ku keesokkannye. Yang sedihnye, dia masih berada disisiku tetapi hubungan kami tidak lagi seakrab dulu... semesra dulu. Punah segalanya. Dahulu...segala apa yang orang lain disampaikan kepadanye, aku lah yang akan tahu dahulu. Aku lah tempat dia meluahkan perasaan. Tetapi kini tidak lagi....
Keadaan itu menyebabkan diriku terseksa. Jiwa batin ku merana. Mengapa kau bersikap sedemikian rupa. Apa salah ku. Kenapa kau bersikap begitu. Oh Tuhan....Kau kembalikan dia kepada ku seperti dahulu. Agar aku dapat mendengar kembali suara lunaknye mamingggil ku. Berita kepada ku..cerita suka mahupun duka. Tetap akan ku terima... dengan adanya dia disisi.
Bermulanya hubungan kami retak dan musnah apabila aku menghumbankan diri mu ke dalam air. Aku melemaskan dikau tanpa ku sedari. Kalau ku tahu ketika itu, tidaklah aku bertindak sedemikian rupa.
Disebabkan kau ingin memutuskan hubungan kita, kawan ku ingin mencari penganti buat dirimu. Aku sebenarnya tidak dapat menerima selain dikau. Tetapi apakan daya ku.. aku insan yang lemah...seorang insan yang ingin disayangi dan dibelai...
Tetapi apakan daya, penganti mu itu sudah menjadi hak milik orang lain. Aku terpaksa mencari pengantimu di shoping complex. Akhirnya aku temui yang lebih macho dari dikau..tetapi ketika itu sebenarnya aku mengharapkan kau kembali semula kesisiku. Akhirnya yang best aku dengar ketika itu...penjual di tempat kedai yang ingin aku membeli pengantimu itu berkata "telefon ini masih boleh dibaiki..tak mahal"...aku pun segera bersetuju..maklum la duit tak banyak sekarang..akhir bulan. Ko dan aku terselamat. Aku terselamat dri mengorbankan duitku beratusan ringgit dan ko pula terselamat dari aku menggadaikan diri mu.
Akhirnya hubungan kite semesra dulu. Pada tarikh ini..kau kembali seperti sedia kala. Aku tetap menyayangi mu..kerana kau adalah HANSET ku....:-)
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment