Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2005


:: Cam mana Melayu Nak Maju ::

Posted by Faridatul at 5:18 PM

"amoi...ade apa boleh tolong"... itulah ayat kebiasaan yang aku dengar kalu g kedai cina. Berbeza sekali dengan kedai melayu, yang hanya menunggu pelanggan minta perkhidmatan barulah dilayan. Tiada usaha untuk bertanya atau menawarkan perkhidmatan. selalu sangat ambil sikap "kalu ada rezeki..ade lah, kalu tak de..tak de lah". Allah tak memberi rezeki pada seseorang dengan percuma. Kalu nak usaha lah sendiri.


Tersebut lah kisah, di petang isnin (14 feb 2005) jam menunjukkan kul 6.00 di sebuah kedai tayar bersebelahan kedai azizah di fasa 1, Bandar Baru Bangi berlaku lah trajedi yang amat "memalukan".


Ada ke patut aku sebagai pelanggan dah la tak dilayan pastu siap kena maki hamun plak. Ceritanye bermula begini.....


Nak pergi kedai cina yang biasa aku g, kedai nye masih tutup. Maklumlah..raya cina. Pergilah mencari kedai melayu. Agaknye rezeki dia kot kata dalam hatiku. Sampai je disana aku tidak dilayan. Keadaan begini berbeza sekali di kedai yang biasa aku pergi..dimana kita akak tegur walaupun sekadar temankan kawan sahaja.


Aku dengan selamba menyapa seorang abang yang berkerja disitu. Dia pun bertanya apa masalah dengan kereta. Aku pun beritahulah keretaku tayarnya pancit giler..sikit angin pun tak de. tak leh nak bawak kedai. So..sesudah dia tahu keretaku tiada disitu, dia suh aku jumpa bos minta izin. aku pun confiuse...kena minta izin...takpelah..pergi jelah..malas nak layan.


Sampai di depan opis yang pintunye berdindingkan kaca...orang dalam bleh nampak orang luar...orang luar bleh nampak orang dalam... Aku termenggu...siapa bosnya. Tiada siape menegur aku. Aku pun masuk. Still masing2 buat2 tak nampak kehadiranku. Aku mengandaikan bosnye adalah lelaki. Disebabkan didalam bilik itu semua perempuan, aku bersabar jelah. Akhirnya...ade seorang akak ni mengangkat mukanye yang dari tadi hanya beberapa imbas memandangku tanpa berkata apa2. Aku pun cuba berkata sesuatu..mungkin pekerja kedai ni jugak kot. akhirnye dia membalas kata2 ku bahawa kete ku pancit. "bleh bgtau pada orang luar"...


Dengan sedikit bengang aku pun keluar..tanpa mempedulikan dia lagi. Di luar aku tegok pekerja masing2 relak. Geramnye..akhirnye dengan sedikit nada marah yang ditahan2 aku pun berkata pada seorang pekerja yang kurasakan rajin sedikit daripada yang lain. "Pada siapa saya nk mengadu ni. Orang luar suh tanya orang dalam..orang dalam suh bagitau orang luar"....Akhirnye dia mengerti..apa masalah aku.


Pekerja yang menyuruh aku jumpa bos td pun menghampiriku. Dan bertanya "..dah jumpa bos...Dah minta izin bos.." La..Geramnye...OOOOOOooooo...aku pergi tadi kena minta izin bos dia nak guna pekerja dia...laaa...patutnye dia la yang pergi..kenapa plak aku...


Perbalahan disitu diamati oleh perempuan yang suh aku cakap kat luar. Akhirnya dia pun kuar..Dengan nada yang kurasakan tidak sepatutnye berkata " La...CAKAPLAH KETE PANCIT KAT LUAR..BA ALIF NGA NGA"....


Terkejut aku..Dah la geram..bertambah geram dibuatnye..Ade ke customer dibuat sebegitu rupa...Dengan perasaan geram aku terus meninggalkan kedai tu..Sempat juga aku ucapkan terima kasih dan meninggalkan satu ayat..."KALU MACAM NI MACAM MANA ORANG MELAYU NKA MAJU..."


Aku mengharapkan kedai ini boleh dijadikan contoh...memang la orang melayu nak tolong orang melayu tapi kalu dh gini jadinye....sape yang susah...pada siapa kita nak dipersalahkan??!!!!

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea