Pages

Monday, December 18, 2006


Ambil angin di Port Dickson

Posted by Faridatul at 8:31 AM

Hari ni aku 'capek bangat'. Apa taknya minggu ni aku rasakan seperti sum-sum tulangku meronta minta dibelai. hahahah...



Kelmarin aku g kursus Pn Ainon. Ahadnya plak, aku g PD bersama 4 rakan yang lain. 3 bujang dan sorang lagitu dah mak orang. Anaknya dibawa bersama. Baqiyah ni umurnya setahun lima bulan tapi kiteorang kategorikan sebagai anak dara jugak. So..yang pergi ke PD semalam 5 orang anak dara dan sorang mak dara. heheheh..



Perjalan ke PD mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Aku goreng kopok lekor dan air teh susu dalam termos yang besar. Manakala mije plak bawa sandwich dan bihun goreng. Bertolak pada jam 8.30 dan sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi. Mak oooiii..ramainya orang. Kami pun mencari tempat untuk bersarapan sambil menikmati suasana pantai PD. Sayangnya, kami terlupa nk bawa tikar mahupun surat khabar. So..mak lin belikan tikar. Harga yang sepatutnya rm5, tetapi harga disitu menjadi rm10. sekali ganda harganya.



Sambil2 menikmati pantai yang bersih dan menyamankan, kami makan apa yang telah dibekalkan. Emmm.. betul kata member2 ku yang selalu g PD, kalu nak air nya yang bersih jgn g PD, g kat teluk kemang. Area aku g semalam tu dh nak dekat teluk kemang. Patut la ramai orangnya. Masa aku g kat glory beach resort, airnya kotor bangat, tapi facilitiesnya memuaskan. Tak leh nak mandi kat situ, tapi area aku g smlm leh mandi.



Mak lin dh siap2 bawa pakaian spare. Kononnya ade hajat nk berendam dlm air laut tu. Disebab ramai sgt orang, dibatalkannya niat. Sebenarnya g sini nak survey tempat. Kami ni pengelola hari kuarga pada bulan januari. survey nye kejap je, yang selebihnya heheheh...paham2 je lah. "Sambil makan sambil minum air". Sempat lagi mije beli kasut, k lin beli sandal tuk baqiyah dan aflah beli beg baru... emmm...aku jugak yang tukang tengok dan tukang drive. :-(


Selepas sume selesai, kami pun balik pada jam 1.15. Berenti berehat sambil solat zohor dan makan tengahari di RnR Seremban. Sampai di umah lebih kurang jam 3++pm.

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea