Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 25, 2010

Jom Makan : korean steamboat

Posted by Faridatul at 12:13 PM
Walaupun aku dan ogy masing-masing demam, makan tetap makan.. hehehe... Makan-makan di red work bangi bersama aku sefamili dan ogy sefamili.. Nanti boleh la buat reunion x-kolej ungku omar, UKM.

Konsepnya sama seperti restoren nelayan tapi kat sini lebih banyak pilihan. Harga pun berpatutan. Kalu sekadar steamboat sahaja, harganya rm22 tapi yang aku pilih kali ni korean steamboat. Boleh bakar sekali. hege sekepala rm28. Puas la makan. Boleh dikatakan mentekadarah jugak la.. hehehe :-)

Klik di sini kedainya kalu ada yang berminat -- > redwork

Aku dan suami bergambar di depan restoren. Restoren ni pemilik seorang mualaf.
Ogy satu family.. Adam tak leh duk diam bila nak ambik gambo

Dua famili makan bersama... buat reunion kat sini pun best gak ni :-)

Ni la dia korean steamboat. Boleh pilih 3 citarasa sup dia. samada tomyam, ayam atau herba cina..

Boleh gril di sekeliling dia. Kat sini restoren tu akan bagi dua mangkuk sambal pes yang sedap dan 2 mangkuk kecil mentega untuk grill.. tapi boleh jek minta tambah sup, mentega dan sambal dia tu.. kiteorng siap minta tukar sup lagi.. hehehe

Ni la abalone.. first time kenal... heheh :-)

Adam yang tak leh duk diam.... anis baik jek makan dengan khusyuknya :-)
En. Abang menunjuk bakatnya mengrill menggunakan chopstik..

Peaceee!!! Adam menyuapkan ice cream sebagai desert terakhir.. kat sini ade icebox dengan pelbagai perisa ice cream.. boleh mkn byk mana pun..


Aku dan en abang.. tgk la pinggan dia.. ish2

Erk... alhamdulillah.. habis ketam kami semeja rembat.. sape yang suka daging kambing kat sini pun disediakan juga... nyum2... :-) Berbaloi la rm28 tu.. hehe

7 comments:

Xara said...

kat mana kedai ni? kalo baru hujan, bole la pergi menabur baja..

Faridatul said...

ala.. dekat ngan rumah kak rina

kalu kat trafik light lepas bulatan tu terus jek.. dalam 50 meter nmpak la.. kedainya belah kanan...

try la best gak tu!!

::.. Alia ..:: said...

tak boleh jadi ni, kalau kak suri nak gi menabur baja, leeya pulak nak mlenggang perut ke sana... v(^_^)v

Faridatul said...

hahahha.. sila2... mkn jgn x mkn...

Anonymous said...

pn faridatul!

Boleh bagi arah tujuan ke restoran ini ke. kalau dari arah Selayang!

Faridatul said...

sape plak mr/mrs anonymous ni!!... ish2.. pekenalkan la diri dulu...

kalu dr selayang, maik lebuhraya selatan tapi keluar tol bangi nnt.

1. setelah keluar tol bangi, akan jumpa bulatan. amik jam 9 .
2. terus sahaja dalam sehingga jumpa bulatan yang kedua. agak jauh jugak la dlm 10km.
3. dr bulatan tersebut amik jam 12.
4. akan jumpa trafik light pertama, drive terus. dari trafik light tu drive slow.
5. kedai tesebut dalam 50 m dari trafik light tersebut.
6. kedainya belah kanan anda.

ok.. selamat menjamu selera!! :-)

Faridatul said...

kalu dari selayang.. kena melalui lebuhraya utara selatan dulu... dr sg besi terus saja dan nnt keluar tol bangi..

1. keluar saja dr tol bangi, akan jumpa bulatan. dr bulatan tersebut ambil jam 12 dan terus.
2. anda akan jumpa bulatan lagi nnt. di bulatan ini ambil jam 9. JANGAN hala ke jalan menuju ke ukm tapi ke seksyen 2 dan terus.
3. Perjalanan diteruskan lagi.. kali ni jauh sikit. dalam 10km. terus sahaja sehingga jumpa bulatan yang ketiga. di bulatan ini amik jam 12 dan terus.
4. anda akan jumpa trafik light tapi di sini terus juga. setelah melepasi trafik light, pastikan anda pandu perlahan kerana restoren tersebut sebelah kanan anda sahaja.

ok.. semoga jumpa restoren tersebut dan selamat menjamu selrea..

p/s --> sape ni ye??? :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea