Pages

Thursday, December 4, 2008

Perkahwinan... membahagiakan atau sebaliknya

Posted by Faridatul at 2:20 PM
Perkahwinan itu adalah satu tuntutan dalam agama islam. Dengan perkahwinan wujudkan satu keluarga yang akan terdiri oleh isteri, suami, dan anak2nya. Alangkah indahnya sebuah keluarga jika didirikan dengan keimanan dan kebahagian.

Allah telah mnjatuhkan beberapa hukum dalam perkahwinan.

1. Sunat, bagi orang yang ingin kahwin dan cukup keperluannya.
2. Wajib bagi orang yang sudah mempunyai pekerjaan tetap atau bergaji yang cukup dan kuat nafsunya. Kalau tidak kahwin, mereka dikhuatiri akan membuat seks rambang.
3. Makruh bagi orang yang ada keinginan tetapi tidak sanggup atau tidak mampu memberi nafkah atau belanja baik zahir mahupun batin ( duit dan seks )
4. Haram bagi orang yang hanya bermaksud akan menyakiti perempuan yang dikahwini atau hanya ingin memperalatkan wanita untuk niat jahat.

Masih ramai anak dara di luar sana yang tidak berkahwin tetapi adakah mereka tidak mahu kahwin ataupun ada yang berpendapat "belum tiba masanya lagi"..

Bagi yang dah berkahwin akan memperlekehkan orang yang belum berkahwin... ada yang beranggapan orang belum berkahwin ni terlalu mementingkan diri sendiri -- sebab nk enjoy dulu dan terlalu demand..nak yang berharta, yang kacak, yang dh ade rumah, yang dh ade kereta dll.

Mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah semua dalam kategori itu,ada yang yang hendak berkahwin tetapi masih belum ada calonnya. Dan Mungkin ada yang serik atau fobia nak kahwin sbb byk sangat dh dengar cerita mengenai masalh perkahwinan..Contohnya Ada yang baru kahwin dah bercerai.. bergaduh sebab bende yang simple yang tak logik smpai boleh wujudnya perceraian, masalah suami pukul isteri dan sebagainya.. ini juga faktor yang menyebabkan masalah ramai wanita enggan berkahwin walaupun sudah ada calon suaminya. Tetapi Allah melarang umatnya tidak berkahwin.

Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w melarang Othman bin Maz'un untuk membujang. Seandainya baginda merestuinya, pasti kami akan membujang"

Baru2 ini saya didatangi oleh seorang kawan yang mana salah seorang ahli keluarganya telah bercerai.. Rumahtangga yang telah didirikan selama beberapa tahun dan hasil perkahwinan mereka itu telah wujudnya 3 orang anak yang comel2 belaka.. tetapi apakah alasan perceraian itu berlaku.. Apa yang diceritakan oleh kawan saya seperti tidak masuk akal. Si isteri ingin meminta cerai sebab alasan hartanya lebih byk dr si suami(abg kawan saya) setelah mendapat pekerjaan baru dengan gaji yang berlipat ganda. Adakah ini tuntutan islam??!!!!

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Bila kawan saya menceritakan tentang nasib abangnya, teringat plak kisah tentang nasib kawan saya sendiri. Yang mana perkahwinan mereka hanya sehari sahaja. Belum si suami menyentuh si isteri talak telah dijatuhkan.. Si suami terlalu mendengar kata ibunya sehingga talak dijatuhkan tanpa sebarang perbincangan.

Yang kesiannya, kawan saya tak pasal2 menjadi janda. Masalahnya disini, ibu lelaki yang beriya2 nak kawenkan anak dia ngan kawan saya tu. Setelah kawan saya dan lelaki itu mencapai kata sepakat untuk berkahwin, selepas perkahwinan meraka berlangsung, si ibu lelaki pulak yang menyuruh anak lelaki menjatuhkan talak. Yang lelaki ni belajo kat mesir takan tak tahu hukum hakam.. sedih dibuatnya.. Apalah nasib.. Ini lagi teruk dari kematian suami..

"Walaupun cerai itu dihalalkan dalam islam tetapi sesungguhnya ianya adalah sesuatu yang diLAKNAT oleh Allah"

Apapun, saya ingin mengucapkan TAHNIAH buat kawan2 yang telah berkahwin pada tahun ini. yang bestnya tahun ni ramai kenalan2 baik saya yang kawen. Semoga perkahwinan ini berpanjangan sehingga akhir hayat dengan diringai doa semoga berbahagia, semoga mendapat anak yang soleh dan solehah dan semoga rumahtangga dibawah lindunganNya selalu..amin..

Senarai kenalan yang kawen sefakulti : FTSM-UKM
1. Nadiah + Hafiz
2. Hajar + Azim
3. Fibi + Acai

Senarai kenalan yang kawen
1. Nadhirah (UTM) + pasangannya
2. Ati (FTT-UKM) + pasangannya


~ Nasib Membawa Kita Bersama, TETAPI Tetap Bergantung Kepada Kita Bagaimana Membuat Semua Berhasil. Memutuskan Untuk Saling Mencintai BAHKAN Dengan Segala Kekurangannya BUKAN Kesempatan, Itu adalah PILIHAN. Kita Ada Didunia BUKAN Untuk Mencari Seseorang Yang Sempurna Untuk Dicintai. TETAPI, Belajar Mencintai Orang Yang TIDAK Sempurna dengan cara yang SEMPURNA ~

3 comments:

kakchik said...

salam fariiiii...

lama sungguh kakchik menanti fari update blog ni. tup tup eh, isu perkahwinan yang dia pilih utk update. skrg musim kahwin kan? bila pula kakchik nak ke kenduri kahwin fari ni?

Faridatul said...

hehehhe.. insyaAllah tunggu tahun 2009.. tp bile tu entah la.. doakan la ye..

maklang said...

memang banyak dugaanjugak kalau dah kawin ni..kena banyak2 bersabar dan ingat pada Allah...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea