Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 24, 2008

Si bongsu memberontak, aku yang jadi mangsa

Posted by Faridatul at 4:01 PM 1 comments
Situasi di rumah

"adus, sakitnya gigi. Rasa cam nak cabut jek gigi-gigi ni", rungutku.

"Sabar la sikit awk. Nah! sapukan ngan minyak dlm mulut awk. Tekan ngan ibu jari sambil baca selawat", ujar dilah memberi nasihat.

Situasi di Opis

"Ko nape fari, smlm sakit perut kali ni sakit apa lak", tanya mas kepada ku.

"Entah la, sakit gigi. Tetiba lak sakitnya masa nk balik lunch kat umah. Tetiba lak tu. Nak kata gigi berlubang rasanya takda"

"Baik ko g jumpa doktor. Mana tahu sebab saraf ke apa ke. Area mulut ni byk kuman. Kalu ada yang terluka senang terjangkit", ujar mas lagi kepada ku..

Sambil ku tersenyum2.. Nanti la. Dalam hati, malas nya nak g klinik.

Tak samapi 15 minit, aku meraung kesakitan. Air mata membasahi pipi ku. Semua usaha ku tak menjadi. Semua petua dlm internet ku dh cuba.. Terpaksa ku telan ubat tahan sakit yang ku perolehi dr klinik sebulan dua yang lalu sebab masalah kejang tengkuk. Terpaksa!!

"Awak jom teman saya ke klinik. Harap2 klinik ukm masih buka," pintaku pd dilah. Jam menunjukkan 3.22pm.

"Itu yang sebaiknya", jawab dilah smbil senyum2.

Situasi di Klinik

" Sakit apa? sakit ni lepas mkn ke sebelum mkn", smbil doktor menggaru2 gigiku ngan pencukilnya.

"Sebelum makan Doktor".

"Emm.. ok turun. Sakit gigi tu sebab geraham bongsu tak boleh keluar. Dia masih terbenam di gusi. Saya bagi ubat tahan sakit dulu, nnt bile dh kuar sikit kita buang".

Adusss... patut la aku tak dapat cam gigi mana yang sakit. Rasa sume gigi belah kanan sakit. ni sebab saf gigi kanan bermasalah lah ni. Yang bongsu ni plak memberontak. Time2 gini plak dah la nak kena nya. Esok dah la nak bagi training pasal jomla. Dugaan sungguh...

~ Si bongsu memberontak kerana tidak diterima kehadirannya di kalangan ahli-ahlinya... ~
Aku plak yang jadi MANGSAnya... sakiiiitttttt

Tuesday, December 23, 2008

Time Management..

Posted by Faridatul at 10:54 PM 1 comments
Di suatu tempat..

"I kalu dulu meeting sepatut jam kul 9, kul 8.45 dh stat dh intro2.. sape lambt tinggal jek"..

"ye ke.. I plak terpaksa lmbt hadir coz byk meeting. Nak wat camne. Byk keje"

Aduh.. pedih jek dgr dua orang ni berbual.. Setahu aku, kalu set2 diorng meeting kul 2pm boleh jadi kul 3 pm..huhuh

Bagaimana pun, mari lah kita menghormati masa orang lain. Tetapi kalu dh ada alasan tertentu, nak wat camne kan..

---------------------------------------------------------------------------------------

" Yang ni kena ubah.. warna langit cam neraka jek"

"Yang ni dr pendirian I tak kena.. berdasarkan teori pembacaan nak buat papan tanda jalan kena pakai Title Case"

"Yang ni plak cam lelaki.. orang tu laki ke pompuan"

"Warna ini kena ubah..warna itu kena ubah.. word tu kena tukar kuning, word ni kena tukar biru dan bla..bla..bla..."

"I tak suke kalu I call tak angkat. Tu dh tak bagus. Pesan kat dia I tak suke dia buat camni"

Kalu aku pun di tempat budak designer tu, mmg tak hadir dh meeting.. Panas jek telinga di buatnya.. huhu. Ayat power2 belaka.

~ Berhikmah la dalam tegur menegur.. :-)

Monday, December 22, 2008

Minta maaf, Terima Kasih... Sukarkah ia??

Posted by Faridatul at 6:26 PM 0 comments
Sudah 2-3 hari aku tidak dapat melelapkan mata. Entah kemana fikiran ku melayang. Ini diri aku.. Kalu otak dh berfikir, mataku takan dpt terlelap sehingga la ia terlelap sendiri.

Pagi-pagi lagi aku dah hangin satu badan. Aku tetap bersabar dan menanti semoga tengahari nanti dapat mengubah sikap tersebut. Sepatutnya keje yang sudah dirancang disiapkan minggu lepas terpaksa aku lakukan juga minggu ini demi untuk mencapai matlamat seperti apa yang telah dirancangkan.

Di ketika aku ingin menyiapkan semuanya yang sepatutnya disiapkan oleh orang lain, aku dengan rela hati akur yang masing-masing mempunyai masalah dan kepentingan sendiri. Tetapi, apabila sedikit pun perkataan terima kasih dan minta maaf tidak di ucap dan tingkah laku seperti tidak bersalah menyebabkan aku semakin hangin.. hendak dimarah tidak berdaya.. Hendak menagis tiada guna.. hendak menjerit.. takde tempat yang sesuai...kalulah ada lautan atau gunung yang penghuninya selain manusia, hendak aku menjerit sekuat hati...

Ini lah sikap manusi. Minta Maaf dan Terima Kasih sukar untuk diucap kerana takut dianggap lemah. Sedangkan hamba yang disukai oleh Allah adalah hamba yang sentiasa rendah diri.

Thursday, December 4, 2008

Perkahwinan... membahagiakan atau sebaliknya

Posted by Faridatul at 2:20 PM 3 comments
Perkahwinan itu adalah satu tuntutan dalam agama islam. Dengan perkahwinan wujudkan satu keluarga yang akan terdiri oleh isteri, suami, dan anak2nya. Alangkah indahnya sebuah keluarga jika didirikan dengan keimanan dan kebahagian.

Allah telah mnjatuhkan beberapa hukum dalam perkahwinan.

1. Sunat, bagi orang yang ingin kahwin dan cukup keperluannya.
2. Wajib bagi orang yang sudah mempunyai pekerjaan tetap atau bergaji yang cukup dan kuat nafsunya. Kalau tidak kahwin, mereka dikhuatiri akan membuat seks rambang.
3. Makruh bagi orang yang ada keinginan tetapi tidak sanggup atau tidak mampu memberi nafkah atau belanja baik zahir mahupun batin ( duit dan seks )
4. Haram bagi orang yang hanya bermaksud akan menyakiti perempuan yang dikahwini atau hanya ingin memperalatkan wanita untuk niat jahat.

Masih ramai anak dara di luar sana yang tidak berkahwin tetapi adakah mereka tidak mahu kahwin ataupun ada yang berpendapat "belum tiba masanya lagi"..

Bagi yang dah berkahwin akan memperlekehkan orang yang belum berkahwin... ada yang beranggapan orang belum berkahwin ni terlalu mementingkan diri sendiri -- sebab nk enjoy dulu dan terlalu demand..nak yang berharta, yang kacak, yang dh ade rumah, yang dh ade kereta dll.

Mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah semua dalam kategori itu,ada yang yang hendak berkahwin tetapi masih belum ada calonnya. Dan Mungkin ada yang serik atau fobia nak kahwin sbb byk sangat dh dengar cerita mengenai masalh perkahwinan..Contohnya Ada yang baru kahwin dah bercerai.. bergaduh sebab bende yang simple yang tak logik smpai boleh wujudnya perceraian, masalah suami pukul isteri dan sebagainya.. ini juga faktor yang menyebabkan masalah ramai wanita enggan berkahwin walaupun sudah ada calon suaminya. Tetapi Allah melarang umatnya tidak berkahwin.

Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w melarang Othman bin Maz'un untuk membujang. Seandainya baginda merestuinya, pasti kami akan membujang"

Baru2 ini saya didatangi oleh seorang kawan yang mana salah seorang ahli keluarganya telah bercerai.. Rumahtangga yang telah didirikan selama beberapa tahun dan hasil perkahwinan mereka itu telah wujudnya 3 orang anak yang comel2 belaka.. tetapi apakah alasan perceraian itu berlaku.. Apa yang diceritakan oleh kawan saya seperti tidak masuk akal. Si isteri ingin meminta cerai sebab alasan hartanya lebih byk dr si suami(abg kawan saya) setelah mendapat pekerjaan baru dengan gaji yang berlipat ganda. Adakah ini tuntutan islam??!!!!

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Bila kawan saya menceritakan tentang nasib abangnya, teringat plak kisah tentang nasib kawan saya sendiri. Yang mana perkahwinan mereka hanya sehari sahaja. Belum si suami menyentuh si isteri talak telah dijatuhkan.. Si suami terlalu mendengar kata ibunya sehingga talak dijatuhkan tanpa sebarang perbincangan.

Yang kesiannya, kawan saya tak pasal2 menjadi janda. Masalahnya disini, ibu lelaki yang beriya2 nak kawenkan anak dia ngan kawan saya tu. Setelah kawan saya dan lelaki itu mencapai kata sepakat untuk berkahwin, selepas perkahwinan meraka berlangsung, si ibu lelaki pulak yang menyuruh anak lelaki menjatuhkan talak. Yang lelaki ni belajo kat mesir takan tak tahu hukum hakam.. sedih dibuatnya.. Apalah nasib.. Ini lagi teruk dari kematian suami..

"Walaupun cerai itu dihalalkan dalam islam tetapi sesungguhnya ianya adalah sesuatu yang diLAKNAT oleh Allah"

Apapun, saya ingin mengucapkan TAHNIAH buat kawan2 yang telah berkahwin pada tahun ini. yang bestnya tahun ni ramai kenalan2 baik saya yang kawen. Semoga perkahwinan ini berpanjangan sehingga akhir hayat dengan diringai doa semoga berbahagia, semoga mendapat anak yang soleh dan solehah dan semoga rumahtangga dibawah lindunganNya selalu..amin..

Senarai kenalan yang kawen sefakulti : FTSM-UKM
1. Nadiah + Hafiz
2. Hajar + Azim
3. Fibi + Acai

Senarai kenalan yang kawen
1. Nadhirah (UTM) + pasangannya
2. Ati (FTT-UKM) + pasangannya


~ Nasib Membawa Kita Bersama, TETAPI Tetap Bergantung Kepada Kita Bagaimana Membuat Semua Berhasil. Memutuskan Untuk Saling Mencintai BAHKAN Dengan Segala Kekurangannya BUKAN Kesempatan, Itu adalah PILIHAN. Kita Ada Didunia BUKAN Untuk Mencari Seseorang Yang Sempurna Untuk Dicintai. TETAPI, Belajar Mencintai Orang Yang TIDAK Sempurna dengan cara yang SEMPURNA ~

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea