Sudah 2-3 hari aku tidak dapat melelapkan mata. Entah kemana fikiran ku melayang. Ini diri aku.. Kalu otak dh berfikir, mataku takan dpt terlelap sehingga la ia terlelap sendiri.
Pagi-pagi lagi aku dah hangin satu badan. Aku tetap bersabar dan menanti semoga tengahari nanti dapat mengubah sikap tersebut. Sepatutnya keje yang sudah dirancang disiapkan minggu lepas terpaksa aku lakukan juga minggu ini demi untuk mencapai matlamat seperti apa yang telah dirancangkan.
Di ketika aku ingin menyiapkan semuanya yang sepatutnya disiapkan oleh orang lain, aku dengan rela hati akur yang masing-masing mempunyai masalah dan kepentingan sendiri. Tetapi, apabila sedikit pun perkataan terima kasih dan minta maaf tidak di ucap dan tingkah laku seperti tidak bersalah menyebabkan aku semakin hangin.. hendak dimarah tidak berdaya.. Hendak menagis tiada guna.. hendak menjerit.. takde tempat yang sesuai...kalulah ada lautan atau gunung yang penghuninya selain manusia, hendak aku menjerit sekuat hati...
Ini lah sikap manusi. Minta Maaf dan Terima Kasih sukar untuk diucap kerana takut dianggap lemah. Sedangkan hamba yang disukai oleh Allah adalah hamba yang sentiasa rendah diri.
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment